Khamis, 30 Januari 2014

@nohomar TERIMA CABARAN @khalidsamad UNTUK BERDEBAT

Dalam MalaysianInsider tertulis sebuah artikel yang mana Khalid Samad mencabar Datuk Seri Noh Omar untuk menganjurkan debat sekali lagi dalam tempoh seminggu atau 10 hari setelah pihak Sinar Harian membatalkan wacana mereka berdua baru baru ini.


Khalid Samad mengatakan bahawa debat kali ini hanya akan dibuat diantara beliau, Datuk Seri Noh Omar dan moderator sahaja tanpa memanggil pengikut kerana mengikut apa yang dikatakan oleh Khalid, dia mahu berhujah tanpa sokongan pengikut.

Nampak sangat bangang Khalid ni, hari tu dalam twitter dia sendiri pun dah kata yang dia dah kumpul kekuatan seramai 150 orang untuk dibawa ke Sinar Harian, kali ni pulak jangan ada pengikut atau penyokong?

Tapi dalam page facebook Noh Omar, beliau telah menerima cabaran daripada Khalid dan nampaknya Khalid sekali lagi akan berdepan dengan Datuk Seri Noh Omar.


Hahaha...mungkin Khalid merasakan bahawa beliau cukup hebat untuk bercakap tentang kalimah Allah yang dituntut untuk digunapakai oleh orang bukan Islam.

Kalau nak diikutkan dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Noh Omar baru baru ni, beliau bertanyakan apa kelayakan Khalid untuk berbicara tentang kalimah Allah ni?

Jadi kita biarkan Datuk Seri Noh Omar yang menghentam Khalid dalam debat nanti..Sangkakala menunggu sahaja bila dan dimana..nak juga tengok Khalid kena kitai.



Tiada ulasan: