Ahad, 12 Januari 2014

KHALID IBRAHIM MALUKAN AZMIN ALI

Dengan jawatan sebagai Timbalan Presiden dan boleh dikatakan antara orang yang paling rapat dengan Anwar Ibrahim sudah tentulah dengan penyingkiran sebagai ahli lembaga pengarah PKNS memberikan kesan besar kepada maruah Azmin Ali.


Ini juga sebenarnya menunjukkan bahqwa tidak ada kata sepakat diantara Azmin dan Khalid dan boleh dikatakan kedua dua pemimpin PKR ini memang tidak sehaluan dari dulu lagi. 

Khalid sememangnya bercita cita untuk membenam karier politik Azmin jauh daripada ke dalam tanah dan antara sebabnya ialah, Khalid mungkin berasa kedudukan beliau sebagai Menteri Besar tergugat dengan kehadiran Azmin dalam negeri Selangor. 

Cuba kita lihat sahaja tentang perlantikan EXCO kerajaan negeri Selangor, nama Azmin langsung tidak disebut sedangkan beliau adalah salah seorang ADUN dan memegang jawatan tinggi dalam Parti.

Ini juga jelas menunjukkan bahawa Khalid sendiri tidak menghormati jawatan yang disandang oleh Azmin dalam PKR sedangkan jawatan tersebut adalah jawatan yang dimenangi dalam pemilihan parti.

Jika diantara mereka dikalangan pemimpin sendiri tiada perasaan saling hormat menghormati diantara satu sama lain, adakah mereka ini akan menghormati pengundi mereka sendiri? 

Daripada apa yang Sangkakala perhatikan, ada beberapa kemungkinan kenapa Azmin tidak dipilih semula sebagai ahli lembaga pengarah PKNS dan salah satu puncanya ialah Azmin mungkin seringkali menegur cara Khalid berbelanja dan kerana risau Azmin mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat kedudukan beliau oebih baik Azmin dikeluarkan terlebih dahulu.

Kesian le kat Azmin ni, sebagai pemimpin kedua tertinggi dalam PKR, bersuara je dah kena block daripada memegang jawatan dalam kerajaan negeri, bukan itu sahaja malah dalam anak syarikat pun kena block.

Kalau nak diikutkan maruah, dah memang tercalar habis sebaik sahaja PKNS menghantar surat bahawa beliau tidak lagi dipilih untuk menjadi ahli lembaga pengarah.

Tiada ulasan: