Dalam berdegar degar puak Pakatan pembangkang ni bercakap, rupanya dalam hati mereka masih ada perasaan takut dan risau pada UMNO.
Ini jelas apabila ada pemimpin pakatan yang mengatakan bahawa kehadiran Anwar sebagai calon di PRK Kajang adalah disebabkan tekanan oleh UMNO di Negeri tersebut.
Biar betul sikit ni? Takkan puak pakatan dah mula goyang pulak agaknya, selama ni mengaku bahawa mereka terlalu hebat dalam percaturan politik negara.
Kalau benarlah seperti yang dilaporkan, Sangkakala harap supaya para pengundi di Kajang jangan lagi menoleh ke belakang, tinggalkan modus operandi Anwar yang telah dapat dikesan dari awal mengapa beliau ingin bertanding.
Pakatan pembangkang jelas telaglh mempermainkan undi rakyat dan jelas juga mereka sengaja untuk menhina rakyat yang telah memilih mereka dalam pilihanraya umum 13 yang lalu.
Tidak ada apa yang perlu diperkatakan lagi disini, hanya yang ada ialah pembohongan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang demi kekuasaan politik mereka semata mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan