Parti Sosialis Malaysia Sg Siput telah mengadakan satu program Candle light atau membakar lilin bagi memperingati kematian Hugo Rafael Chavez, Presiden Venezuela pada 06/3/2013 jam 2130-2200 bertempat di hadapan pejabat PSM taman Okid Sungai Siput Utara.
Hadir lebih kurang 40 orang telah hadir diikuti oleh Dr.Jeyakumar ahli parlimen Sungai Siput.
Aktiviti candle light sempena memperingati kematian Hugo Rafael Chavez seorang pemimpin Revolusioner berfahaman sosialisme.
Ideologi sosialis PSM ini secara terang-terangan menunjukkan kepada umum yang PSM mengagungkan pemimpin berfahaman sosialis/komunis tanpa memikirkan sensitiviti org ramai yang sedgan bersedih dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu Sabah yang mengorbankan 8 pegawai dan angota polis.
PSM dilihat dengan sengaja menunjukkan provokasi terhadap kerajaan Barisan Nasional dengan cara mengadakan candle light ini bagi tujuan menyerang balas demo dan laporan polis yg dibuat terhadap TIAN CHUA.
Jeyakumar boleh dianggap sebagai kurang ajar dan tidak menghormati atau menjaga sensitiviti masyarakat di Malaysia.
Dengan menjalankan upacara memperingati pemimpin Venezuela tersebut, PSM dilihat seolah olah tidak mengiktiraf kematian pejuang negara sebagai perwira yang gugur di medan juang.
PSM juga seolah olah mengagungkan idealogi Komunis kerana pada Sangkakala, kita tidak ada kena mengena dengan presiden Venizuela tersebut dan apa pula hubungan PSM dengan mendiang Hugo?
Ini adalah satu tindakan dan upacara seperti ini tidak sepatutnya di lakukan sementara kita masih disalam situasi konflik dengan pengikut kesultanan Sulu di Sabah, dan sebagai parti politik, PSM sepatutnya menunjukkan sikap lebih prihatin dan bukannnya menyokong idealogi komunis seperti itu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan