Khamis, 7 Mac 2013

KENYATAAN DAN KECAMAN DARI OMBAK KEPADA PEMBANGKANG

Pakatan Pembangkang sudah trdesak saat ni kerana kegagalan menggugat kerajaan Malaysia dalam Isu pencerobohan Lahad Datu oleh penceroboh dari Kesultanan Sulu yg tidak di ikhtirafkn oleh rakyatnya sendiri.

Persoalannya sebelum ini ialah, Sultan Sulu tidak mampu untuk membeli uniform sekali pun, tapi bagaimana Sultan yang tidak mempunyai hubungan kuasa dengan mana mana negeri lain ini boleh membeli kelengkapan senjata yang boleh menyerang serta membunuh rakyat kita di Lahad Datu?

Pertemuan pertemuan sulit yang terbongkar membabitkan Anwar,Misuari,Jeffry Ketingan & Anak branak Kiram ni melemaskn Anwar dan kuncu2 nya.

Sudah terang lagi bersuluh Anwar gagal menafikan dakwaan ini, lalu muncullah seorang Panglima Tempang yang brnama Tian Chua yg kita tahu hidup nya beliau kerana dana asing yang di bawa masuk melalui beberapa NGO haram trmasuk SUARAM.

Saya mengetahui perkara ini sepnjng sy berada dlm PKR selama 12 tahun.

Fitnah Tian Chua kepada UMNO dan BN khususnya telah di jangka oleh orang orang yang pernah rapat dengan Anwar kerana ini merupakan taktikal biasa Anwar dalam menanam persepsi buruk rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Dalam masa yang sama Tian Chua menghina para pejuang yang gugur dalam mempertahankan tanah air kita dengan memperlekehkan pengorbanan mereka.

Ini merupakan cacian yang tidak akan kita terima sebagai seorang Muslim Melayu dan juga bukan melayu atau bukan muslim yang mendokong perlembagaan Malaysia sebagai sebuah negara yg aman.

Tian Chua harus berdepan dengan rakyat seluruhnya untuk memohon maaf dan berdepan dengan segala tindakan kemarahan rakyat jika ia seorg pemimpin yg berani bkn nya Bacul.

Ternyata Tian Chua BACUL kerana cabaran saya untuk Tian Chua hadir minum kopi dalam parlimen beliau sendiri tidak di sahut malah tidak berani pijak tanah dengan terang pada waktu siang.

Di mana Tian Chua sekarang?

Berdepan lah dengan kemarahan Rakyat jika berani.

Nyatanya Anwar dlm mengalih isu lain skrg..Kita lihat 1 nanti kerana terlalu terdesak Anwar akan mengorbankan sesiapa sahaja termasuk Isteri yang setia sekali pun untuk menjadi papan sasar kepada peluru untuk meraih simpati di saat akhir beliau brdepan PRU 13 ini...

Fikir2kan lah wahai shbt2...

Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad
Presiden OMBAK .



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: