Khamis, 16 Januari 2014

DADAH TERBARU DIKESAN !!! OCS SETIA ALAM BERI AMARAN                                             

 Sila kongsikan sebanyak mungkin kepada orang lain untuk kebaikan.

Berkongsilah dengan semua orang yang anda tahu, terutamanya isteri, adik-beradik, kawan kawan perempuan dan rakan rakan.

Di sebuah stesen minyak, seorang lelaki datang dan memperkenalkan diri beliau sebagai seorang pelukis (artis) kepada seorang wanita, menawarkan diri utk menolong mengisikan minyak petrol, kemudian MEMBERIKAN BISNES CARD.

Wanita (mangsa) tanpa sebarang syak wasangka terus menerima bisnes card beliau kerana kebaikan lelaki itu dan setelah siap mengisi minyak mangsa masuk ke dalam keretanya untuk beredar.

Lelaki itu kemudian masuk ke dalam kereta lain yang sedia dipandu oleh orang lain yang sedang menunggu.

Apabila mangsa itu meninggalkan stesen minyak, dia menyedari lelaki tersebut juga keluar dari stesen itu pada masa yang sama.

Hampir serta-merta, dia mula berasa pening & tidak dapat menarik nafas dengan sempurna.

Dia cuba untuk membuka tingkap dan menyedari bahawa ada bau pada tangannya, tangan yang sama menerima kad dari lelaki di stesen minyak tadi.

Mangsa kemudian melihat lelaki tersebut mengekorinya di belakang dan dia merasakan perlu untuk melakukan sesuatu pada ketika itu.

Dia memandu ke jalan masuk rumah orang yang pertama ditemui dan mula membunyikan hon berulang kali utk menarik perhatian dan meminta bantuan.

Menyedari hal tersebut, lelaki itu terus memandu pergi tetapi mangsa kini merasai keadaan yang agak teruk dan lemah selama beberapa minit barulah dia boleh menarik nafas dengan baik.

Setelah penelitian, ada suatu bahan pada kad tersebut yang boleh membahayakan sistem pernafasan manusia.

Dadah ini dipanggil 'BURUNDANGA'. (Tidak diketahui orang awam setakat ini) dan ia digunakan oleh orang2 yang ingin melumpuhkan mangsa dalam usaha untuk mencuri atau mengambil kesempatan daripada mangsa. Dadah ini dikatakan 4 kali lebih merbahaya daripada yang biasa.

Jadi sila berhati hati dan pastikan anda tidak menerima kad daripada seseorang yang tak dikenali ketika anda bersendirian.
Kongsilah jika anda fikir ianya penting dan perlu disampaikan.


Sent from Samsung Mobile

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

false warning..Please read here first...tq http://urbanlegends.about.com/od/crime/a/burundanga.htm