Sabtu, 2 Februari 2013

LAWATAN MB KE RUMAH KETUA CAWANGAN UMNO YANG UZUR BUKTI TIADA YANG TERTINGGAL

Parit Haji Abdul Rahman dilawati pula oleh Menteri Besar Perak bersama rombongan dan kali ini sekolah Kebangsaan Sg Burong menjadi sasaran YAB Menteri Besar bagi melihat serta meninjau keperluan di sekolah berkenaan.

Beliau telah diberi taklimat oleh guru besar sekolah berkenaan dan permasaalahan sekolah ini telah dikhabarkan kepada beliau dan beliau telah memberikan perhatian kepada permasaalahan permasaalahan tersebut.

Lawatan Menteri Besar Perak ke rumah Ketua UMNO cawangan Parit Teluk Piai Tengah, Tuan Haji Abdul Muin yang uzur setelah diserang adalah salah satu bukti bahawa pemimpin tertinggi negeri itu tidak melupakan jasa dan bakti yang dicurahkan.

YAB Menteri Besar juga sempat beramah mesra dengan Tuan Haji Muin dan ternyata walaupun uzur, namun beliau masih lagi mengingati YAB Menteri Besar. Turut berada di rumah Tuan Haji Muin ialah ibu mertua beliau yang telah menjangkau usia lebih 90 tahun.

Kepimpinan tertinggi Barisan Nasional tidak pernah lupa kepada kepimpinan bawahan begitu juga sebaliknya dan ini adalah bukti keakraban pemimpin bersama rakyat.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: