Ahad, 17 Februari 2013

KHALID IBRAHIM KECEWA DENGAN KEHADIRAN CNY

Walaupun mengatakan bahawa beliau mampu untuk mempertahankan kerusi parlimen Bandar Tun Razak, kegusaran jelas terpampang dimuka Khalid Ibrahim.

Kehadiran para pengunjung majlis tahun baru cina anjuran PKR Bandar Tun Razak yang cuma dihadiri 1000 jelas menunjukkan bahawa rakyat sudah tidak lagi menerima beliau sebagai pemimpin dikawasan itu.

Berbanding pula dengan kehadiran pengunjung majlis sama anjuran MCA yang dihadiri hampir 10'000 orang, dan ini juga jelas menunjukkan bahawa rakyat telah menerima kembali kepimpinan Barisan Nasional dan tidak mustahil bahawa ianya turut berlaku diseluruh negara dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri.

Dengan transformasi politik yang dilakukan secara amat drastik dan ianya dilihat dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat dan dengan wujudnya Gagasan 1Malaysia, rakyat negara ini bertambah yakin dengan kerajaan sedia ada yang dilihat mampu untuk meneruskan perjuangan demi kesejahteraan dan keselesaan.

Dengan pemberian pelbagai insentif untuk rakyat, Barisan Nasional juga dilihat sudah mampu melakukan sesuatu yang tidak pernah dijangka oleh rakyat seperti pemberian BR1M, kewujudan KR1M, Klinik 1Malaysia, bantuan persekolahan dan pelbagai lagi dilihat amat membantu rakyat.

Jadi kini rakyat sudah tidak ada alasan untuk menukar kerajaan kerana kerajaan sedia ada jelas mampu untuk melakukan perubahan.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: