Rabu, 13 Februari 2013

HINDRAF MULAKAN UGUTAN

Kumpulan pendesak Hindu Rights Action Force (Hindraf) memberi amaran untuk menarik balik sokongan pada Pakatan Rakyat sekiranya gabungan parti itu masih berlengah-lengah dalam menyatakan sokongan kepada rancangan lima tahunnya untuk menyelesaikan isu kemiskinan masyarakat India.

Pada Sangkakala ini bukanlah amaran, tapi ianya adalah ugutan daripada kumpulan tersebut kepada Pakatan yang mana pada peringkat awal menunjukkan minat untuk melibatkan diri dengan Hindraf, seperti yang dilihat dalam beberapa pertemuan sejak November lalu termasuk dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, tiada apa-apa yang boleh menunjukkan kemajuan kerjasama tersebut, dan ini telah membuatkan kumpulan itu merasa kurang senang.

Telah menjadi adat pembangkang akan memberikan janji bulan dan bintang untuk memerintah, namun belum apa apa terjadi, mereka sudah mula menampakkan belang bahawa janji janji tersebut tidak akan ditunaikan.

Apa lagi yang diharapkan oleh Hindraf kepada pembangkang? Kalau dulu mereka menyatakan sokongan padu namun kini ianya hanyalah omongan kosong.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: