Bertelagah lagi nampaknya PAS dengan pakatan mereka kali ni, kalau Karpal kata setuju untuk Anwar jadi Perdana Menteri, Nik Aziz kata pula perkara tersebut tidak dibincangkan oleh majlis syura PAS.
Jadi siapa pula yang akan menjadi perdana menteri kalau pakatan memerintah selepas pru13 nanti? Belum apa apa dah bertelagah depa ni.
Tapi dalam perhimpunan PAS baru baru ini ada juga ahli yang membuat usul bahawa Hadi Awang lebih layak untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya menawan putrajaya.
Mungkin juga NIk Aziz ada agenda tersendiri dalam isu ini, tapi walau apa pun sudah passti mereka akan mengatakan bahawa ini semua konspirasi UMNO walaupun mereka sendiri yang sepatutnya membuat ketetapan serta keputusan.
Mungkin juga Nik Aziz berhajat untuk menjadi Perdana Menteri kot, maklumlah, sampai sekarang beliau masih lagi berhajat untuk memegang jawatan sebagai Menteri Besar kononnya ianya adalah permintaan dari akar umbi di Kelantan.
contoh kemunafikan Nik Aziz ialah beliau berkata akan melepaskan jawatan apabila Tun Mahathir tidak lagi menjadi Perdana Menteri, tapi sebegitu lama Tun Mahathir melepaskan jawatan sebagai perdana menteri, beliau masih lagi memegang jawatan (menteri besar) tersebut.
Jadi pemimpin lidah bercabang macam ni patut kita tolak dan jangan biarkan beliau berpolitik lagi, kepada rakyat kelantan, janganlah lagi memilih pemimpin sebegini untuk menerajui negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan