Selasa, 26 Februari 2013

ANWAR SAJA BUAT BODOH ATAU MEMANG HILANG INGATAN

Sangkakala terbaca dalam portal Malaysiakini yang mengatakan bahawa Anwar Ibrahim berkata dalam menifesto kerajaan Barisan Nasional tidak disebut siapa akan menjadi Perdana Menteri.

Yang Sangkakala hairankan bukan apa, beliau dulu pernah berada didalam UMNO dan Barisan Nasional, mustahil sangatlah beliau tidak tahu siapa yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional menang dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Kalau nak kata nyanyuk mustahil pulak sebab umur Anwar dengan Nik Aziz boleh dikatakan agak jauh juga.

Barisan Nasional tidak perlu meletakkan nama siapa bakal calon kerana sudah menjadi adat dan persefahaman didalam Barisan Nasional bahawa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri adalah dikalangan UMNO dan parti parti komponen mempunyai portfolio sebagai menteri kabinet.

Takkan perkara semudah itu Anwar boleh tak tau atau terlepas pandang?

Sangkakala macam rasa akan ada sesuatu sekiranya Pakatan Pembangkang memenangi pilihanraya ke 13, adakah Anwar akan menjawat jawatan tersebut sementara untuk menukar perlembagaan yang membolehkan seseorang menjadi presiden kerana kita sendiri telah sedia maklum bahawa selama ini pakatan pembangkang agak kurang senang dengan institusi Raja Raja Melayu.

Sangkakala memikirkan mungkin juga pakatan pembangkang bertindak untuk tidak menyetakan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya menakluki Malaysia seterusnya menjadi kerajaan adalah untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara republik seperti Indonesia atau Singapura atau negara negara republik yang lain.

Ini adalah sesuatu yang amat merbahaya kerana, sekiranya negara ini menjadi negara republik maka ketuanan Melayu juga akan dihapuskan, sistem beraja akan dimansuhkan dan kemungkinan juga agama Islam bukan lagi menjadi agama persekutuan kerana kita juga telah melihat semenjak dua menjak ini, isu keislaman itu selalu menjadi mainan pembangkang dan Sangkakala melihat perkara ini tidak akan tamat disini sahaja.

Ianya akan dibawa kehadapan sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihanraya, oleh itu, demi kesejahteraan dan kesinambungan agama Islam, kita perlu tolak pembangkang dalam pilihanraya yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: