Selasa, 12 Februari 2013

CHEGU BARD KANTOI

Pengerusi SAMM, Chegu Bard kantoi lagi kali ni bila Perdana Menteri dalam akaun twitter nya mengatakan bahawa kehadiran PSY ke Malaysia tidak menggunakan wang rakyat.

Pembangkang baru baru ini mewar warkan bahawa kehadiran penyanyi popular dengan lagu Gangnam Style menggunakan wang rakyat walaupun berkali kali dikatakan bahawa penaja untuk kedatangan penyanyi tersebut adalah syarikat swasta.

Apa yang menhairankan ialah, kenapa pembangkang beriya sangat nak kata itu duit rakyat? Kehadiran penyanyi tersebut dijadikan kontroversi oleh pembangkang dan pelbagai reaksi diberikan oleh mereka dengan kehadiran penyanyi tersebut.

Mungkin dengan kenyataan Perdana Menteri akan menjernihkan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh pembangkang.

Mereka (pembangkang) akan terus menuduh kerajaan menggunakan wang rakyat untuk semua program kerakyatan.

Tapi adakah mereka lupa bahawa pembangkang lebih banyak menggunakan wang rakyat dengan pembelian bas mewah, menaiki jet pribadi dan banyak lagi.

Jadi dalam situasi ini kerajaan tidak boleh disalahkan kerana sudah menjadi tugas kerajaan memberikan yang terbaik kepada rakyat dan memuaskan rakyat Malaysia.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: