Khamis, 14 Februari 2013

PROGRAM MAKAN2 DIRUMAH MB PERAK @ZambryAbdKadir

Petang semalam telah diadakan satu upacara makan makan dirumah Menteri Besar Perak yang diatur oleh seorang cikgu Labun.

Dalam bahasa perak Labun ni ialah SEMBANG, dan apa yang Sangkakal nampak memanhg setakat sembang je lah semalam tu.

Upacara ini bukanlah kali pertama dibuat, apa yang Sangkakala tau ianya adalah untuk kali yang kedua.

Apa yang Sangkakala persoalkan ialah, setakat mana perjuangan ratusan penggiat media yang pergi jalan jalan cari makan dirumah Menteri Besar semalam?

Sangkakala pernah keluarkan dalam artikel bahawa penggiat media (yang berjuang) terpinggir di negeri Perak.

Maksud Sangkakal disini ialah mereka yang berjuang dialam cyber tidak dipedulikan tetapi pengguna media sosial yang diberi perhatian.

Pertanyaan Sangkakala yang agak kasar, perlukah semua penggiat media sosial pula meminggirkan UMNO Perak? Menteri Besar sila jawab!!!

Kalau mahu keadaan jadi begitu rasanya tidak menjadi masalah sebab pernah berlaku dimana penggiat media yang selama ini menyokong UMNO/BN Perak menyepikan diri, langsung tidak memberikan kerjasama kepada kerajaan.

Seperti kata Adnan Sempit Don't give banana fruit two times.

Sebab kalau jadi lagi sekali kejadian seperti itu, rasanya akan menjadi satu masalah besar tambahan pula pilihanraya yang bakal berlaku pada bila bila masa sahaja sekarang.

Ini bukan ugutan, tapi Sangkakala menulis artikel ini setelah mendapat pelbagai aduan daripada penggiat media yang selama ini berjuang di alam cyber untuk UMNO dan BN tapi langsung dipandang sepi seperti sampah di tengah lautan.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: