Khamis, 14 Februari 2013

DEEPAK PATAH SAYAP HILANG ARAH

Saudagar permaidani Deepak Jaikishan memohon imuniti daripada sebarang dakwaan undang-undang sebagai galang ganti untuk mendedahkan "lebih banyak maklumat berkaitan salah guna kuasa dan rasuah perdana menteri".

Apa yang Sangkakala nampak, Deepak kelihatan begitu terdesak untuk mendapatkan imuniti, tapi kenapa?

Tidak mustahil Deepak melakukan pembohongan dan fitnah terhadap Perdana Menteri dan isteri selama ini dan sekarang beliau sudah mula risau dan dibayangi oleh kesalahan beliau sendiri.

Cuba kita bayangkan, sekiranya Deepak sebelum ini begitu lantang dan berani hingga membuat kenyataan yang dirakam dan dimuatnaik dalam laman youtube tiba tiba meminta imuniti diatas kenyataan kenyataan beliau selama ini.

Kenapa jadi begitu? Sepatutnya beliau memohon imuniti sebelum beliau mengeluarkan sebarang kenyataan, tapi tidak begitu yang dilakukan oleh Deepak.

Setelah begitu banyak pendedahan kononnya dikeluarkan barulah beliau teringat untuk meminta imuniti dari semua pihak termasuklah kerajaan.

Kini Deepak didalam dilema apabila terlalu mengikut kata kata pembangkang dalam usaha mereka menjatuhkan maruah YAB Perdana Menteri, dan Deepak adalah kambing hitam yang dijadikan umpan seperti hendak memerangkap harimau.

Sebelum ini juga, Deepak telah menyatakan kekecewaan beliau terhadap Anwar Ibrahim yang tidak mempedulikan beliau (Deepak) walaupun beliau menyatakan sokongan terhadap Pakatan Pembangkang.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: