JOM SELAWAT

JOM SELAWAT

live streaming / siaran langsung

Khamis, 21 Februari 2013

PAS LEBIH PENTINGKAN KUIL DARI MASJID

Apa la nak jadi dengan PAS ni, di Kelantan dah berpuluh tahun memerintah pun masih tak ada satu masjid yang dibina oleh mereka, tapi sekarang sibuk nak buat kuil.

Dah terdesak sangat ke nakkan pengundi India sampai buat kenyataan macam tu? Mungkin jawapan PAS cukup mudah iaitu PAS kini lebih terbuka.

Tapi adakah itu tuntutan dalam Islam? Membina kuil seolah olah lebih penting bagi PAS pada masa kini, dan mungkin itu semua adalah kerana desakan politik yang semakin meruncing.

Kalau dulu PAS dilihat lebih mementingkan agama Islam, namun kini ianya semakin pudar setelah para pemimpin PAS dilihat lebih kearah politik semata mata dan perjuangan tentang Islam makin dilupakan.

Jika sebelum ini PAS mengatakan membangun bersama Islam dan kini PAS FOR ALL namun sekarang ini Sangkakala tak tau apa pula slogan yang akan dikeluarkan oleh PAS.

Mungkin apa yang tertulis dalam Harakah itu akan memnajdi iktibar kepada pengikut pengikut PAS menilai dimana kedudukan parti itu pada ketika ini.

Dulu pantang tersilap sikit pasal Islam, PAS akan mengeluarkan bermacam macam Fatwa untuk memperbetulkannya, tapi sekarang semua senyap seribu bahasa.

Kerana politik PAS sanggup untuk menggadai agama, Na'uzubillahiminzalik..  


Tiada ulasan: