Ahad, 10 Februari 2013
PERDANA MENTERI RISAUKAN KESELAMATAN RAKYAT
Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin yang mahu pembangkang menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara bukanlah sebagai tanda ‘ketakutan BN’ seperti yang didakwa oleh Naib Presdien PAS Salahuddin Ayu.
Malah ianya adalah disebabkan kerisauan Perdana Menteri terhadap keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta negara.
Pembangkang telah berkali kali mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya mereka kalah pada kali ini, maka mereka akan membuat kekacauan dengan membawa para pengikut mereka turun ke jalan raya.
Pembangkang asyik mengatakan bahawa sistem pengundian di negara kita adalah tidak adil dan sebagainya, dengan mengaitkan SPR sebagai ajen yang tidak telus juga menunjukkan bahawa pembangkang senantiasa akan mengatakan bahawa mereka sahaja yang benar.
Kita semua lihat bahawa kerajaan Kelantan telah diperintah oleh PAS selama lebih 20 tahun dan adakah ini menunjukkan bahawa PAS di Kelantan menipu dalam Pilihanraya?
Pada PRU12, 5 buah negeri telah jatuh ke tangan Pembangkang, adakah itu juga dikira sebagai penipuan yang dilakukan oleh pembangkang dalam urusan pilihanraya?
Mungkin juga kali ini pembangkang sudah nampak bahawa mereka akan kalah dalam pilihanraya, jadi bermula dari sekarang mereka ini cuba untuk mengugut kerajaan dan menakut nakutkan rakyat.
Tapi Sangkakala percaya bahawa rakyat Malaysia tidak sebegitu bodoh dan pengecur, yang takut kini adalah Anwar Ibrahim, sekiranya beliau gagal menakluki putrajaya dalam pilihanraya kali ini, maka sudah pastilah tidak akan ada peluang lagi untuk beliau mendapatkan dana bagi memenuhkan poket daripada orang luar.
Kita juga sudah sering didedahkan dengan siapa itu anwar bukan? Jadi sama samalah kita nilaikan sendiri, hanya Barisan Nasional yang telah menunjukkan bukti bahawa kerajaan ini mampu memajukan negara dan menaikkan taraf ekonomi rakyat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan