Dah jadi ADUN dalam negeri Melaka pula ke YB?
Kawasan sendiri penuh dengan masalah, tapi cerita pasal kawasan lain, macam kata pepatah, kera dihutan disusukan anak dirumah mati tak makan.
Pelik juga dengan cara Idham Lim menjadi ADUN, sepatutnya selesaikan masalah dalam kawasan dulu baru le nak lompat ke kawasan lain, ni tidak, cerita tentang sana sini tapi kasan sendiri terpinggir.
Dulu bila Sangkakala buka pasal Darul Anwar beriya sangat jawab dalam akhbar sampai dua muka surat kononnya apa yang Sangkakala kata tu tak betul, tapi takpelah, hak dia untuk menafikan.
Cuma Sangkakala nak bagi tau kat sini, tak perlu orang nak buat report polis atau sebagainya, yang penting rakyat kawasan Titi Serong dah tau apa yang dilakukan oleh YB Idham dikawasan Titi Serong, langsung tiada kemajuan dan kebajukan rakyat tidak diambil peduli.
Apa yang penting sekarang dah dekat dengan PRU beliau sudah mula beralih arah ke Kuala Kangsar, tak tau le DUN mana pulak nanti nak buka kompleks pendidikan dan tanah mana pulak nak buat upacara (bukan majlis) pecah tanah.
Asyik pecah tanah je lah YB kita ni, sana pecah sini pecah, lepas tu bila lubang dah PECAH lari ke kawasan lain.
Tidak hairan kalau satu masa nanti YB Idham akan ke kawasan lain pulak selepas apa yang dibuat dan dilakukan oleh beliau terbongkar.
Walau bagai manapun, sudah pasti nanti calon baru tidak akan meneruskan kompleks pendidikan darul Anwar sebab itu bukan perancangan mereka dan mereka pula akan mencadangkan sesuatu yang baru dan begitulah seterusnya sekiranya mereka ini masih diberi undi dan memegang kuasa.
Sama juga macam Ahli Parlimen mereka, mungkin ada yang menyokong tapi yang menyokong pun dah tak larat nak sokong dengan segala bagai perlakuan termasuklah bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh bangsa dan agama lain selain dari Islam.
Inikah yang dikatakan kepimpinan yang menjaga kepentingan rakyat, berbeza sungguh dengan cara Barisan Nasional menjadi peneraju, yang mana menampakkan keikhlasan serta memberikan hak rakyat secara adil dan saksama.
Benar seperti slogan yang di war warkan oleh kerajaan Perak, 'tiada tertinggal tiada terpinggir'.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan