Ahad, 17 Februari 2013

NAJIB RAZAK BUKTIKAN BELIAU PERDANA MENTERI RAKYAT

Ada dua Video yang Sangkakala ambil dari Malaysiakini TV pada malam ini dan dalaam video tersebut adalah video kehadiran Perdana Menteri serta Anwar Ibrahim ke Majlis Rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina anjuran Dong Zong.

Walau pun Dalam video kedua ada menunjukkan seorang pemuda cina mengeluarkan sepanduk 'I LOVE PM' yang telah diubah suai kepada 'I LOVE NEW PM ANWAR', itu tidaklah memberikan apa apaa kesan kepada populariti Perdana Menteri, kerana pada Sangkakala lelaki cina ini adalah lalang dan tidak mustahil semasa kehadiran Perdana Menteri beliau mengangkat sepanduk itu untuk ditunjukkan dan apabila Anwar Ibrahim tiba maka sepanduk itu siubah suai.

Cuma apa yang Sangkakala nak tunjukkan disini ialah video yang mana Perdana Menteri telah mengenakan pakaian tradisi cina berwarna merah sama dengan apaa yang dipakaai oleh pengerusi Dong Zong.

klik gambar untuk video
Ini jelas menunjukkan bahawa Perdana Menteri begitu komited dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab memuaskan hati setiap rakyat Malaysia.

Tapi cuba kita lihat pula video dibawah, jelas menunjukkan Anwar Ibrahim mengenakan pakai biasa dan tidak melambangkan beliau menghormati kaum cina secara keseluruhan.

klik gambar untuk video
Bukan sahaja Anwar, malah seluruh rombongan beliau tidak mengenakan pakaian tradisi masyarakat itu termasuklah Lim Kit Siang sendiri.

Adakah apa yang diucapkan oleh Anwar selama ini tentang orang orang cina hanya mainan semata mata, dan ianya merupakan satu lagi pembohongan dari Anwar?







Tiada ulasan: