Jika sebelum ini pembangkang cukup kuat memainkan isu stadium di Terengganu yang runtuh dan dikaitkan dengan korupsi kerajaan Barisan Nasional.
Walaupun masyarakat amnya mengetahui bahawa setiap kejadian itu adalah kehendak Tuhan namun pembangkang tetap mengatakan bahawa ianya adalah salah kerajaan Barisan Nasional.
Hari ini pula kita dikejutkan dengan runtuhnya sebuah jambatan yang masih dalam pembinaan di Science Park 2 intercange Putrajaya, antara Putrajaya/Cyberjaya di lingkaran Putrajaya.
Dan pembinaan ini dikatakan dibawah selanggaraan PKNS iaitu sebuah perbadanan milik kerajaan negeri Selangor.
Apa dah jadi? Adakah kerajaan Selangor mengaku kalau Barisan Nasional pula mengatakan ia adalah korupsi yang ada di dalam PKNS serta kerajaan Selangor.
Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan Selangor sendiri mengalami masalah korupsi projek pembinaan jika benar seperti yang didakwa oleh mereka terhadap UMNO/BN.
Dan seperti biasa, kerajaan Selangor sudah pasti akan mengelak dan menepis semua tuduhan tersebut dan mereka sudah pasti akan mengatakan ianya adalah salah kerajaan, kita sama sama lihat dan dengar nanti apa komen mereka.
Walau apa pun ini semua adalah berkat dari doa pakatan pembangkang yang mahu Tuhan menunjukkan kebenaran yang sebenar benarnya dan hari ini ianya telah termakbul.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan