Isnin, 11 Februari 2013

PAS BAKAL BERKUBUR PKR DAN DAP KETAWA BESAR

Kalau diikutkan gelombang yang dibawa dari pantai timur, kemungkinan besar PAS akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU kali ni.

Ini dapat kita lihat daripada gelombang kebangkitan rakyat Kelantan yang sudah menampakkan pendirian bahawa mereka menolak kepimpinan PAS yang sudah mencecah usia pemerintahan lebih 20 tahun di negeri tersebut.

Apa yang membuatkan rakyat Kelantan bertindak sedemikian? Tidak lain dan tidak bukan ianya berpunca daripada penindasan demi penindasan oleh PAS terhadap rakyat.

PAS memberi pandangan kepada orang luar bahawa pemerintahan mereka adalah yang terbaik dinegeri tersebut namun hakikatnya ialah, rakyat di Kelantan merasa tidak selesa dengan pelbagai permasaalahan yang tidak diselesaikan.

Masaalah bekalan air bersih sehingga kini tidak dapat diselesaikan ditambah pula dengan ladang ladang rakyat yang mana dikatakan ianya hanyalah retorik semata mata, syarikat syarikat telah dilantik bagi menguruskan tanah ladang tersebut namun rakyat yang dikatakan memiliki tanah ladang tidak mendapat keuntungan walaupun nama mereka disenarai sebagai pemilik ladang.

Masaalah pencerahan kawasan tadahan hujan di Lojing juga mendapat liputan luas dimana kroni kroni kerajaan negeri mengaut keuntungan dengan mengondolkan tanah hutan tersebut hingga menimbulkan pelbagai masalah alam sekitar.

Tidak cukup dengan itu, laporan tentang pemergian menunaikan fardhu haji Nik Aziz bersama rombongan telah ditaja oleh pemandu peribadi seorang pemimpin PAS yang diberi kawasan balak juga tidak kurang hebatnya.

Begitu juga dengan laporan daripada sebuah laman blog yang mengatakan bahawa Ngeh Koo Ham, seorang pemimpin DAP Perak telah mendapat tanah seluas 10 ribu ekar dari kerajaan Kelantan untuk membolehkan Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar di Perak selama 11 bulan juga tidak ketinggalan.

Kita dapat melihat bahawa PAS sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mendapatkan kuasa, kalau dahulu PAS dizaman Allahyarham Fadhil Nor dan kepimpinan sebelum sebelum itu memperjuangkan agama islam yang tanpa kompromi.

Namun kini PAS dilihat sudah terpesong jauh dari landasan perjuangan sebenar mereka dimana perjuangan untuk agama Islam itu sudah diletakkan di peringkat kedua atau ketiga berbanding kepentingan dan perjuangan politik yang menduduki tempat pertama.

Pemimpin PAS sanggup memberikan kebenaran kepada bukan Islam menggunakan kalimah Allah dan mereka lebih rela mengkafirkan pengikut UMNO yang sudah pasti majoritinya melayu Islam sebagai kafir.

Mereka juga pernah mengeluarkan amanat dengan mengatakan sekiranya mati semasa menentang UMNO hingga terjadinya peristiwa Memali yang meragut nyawa Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya serta para pengikutnya ekoran dari amanat tersebut.

Bukan itu sahaja, Allahyarham serta pengikutnya juga tidak dimandi serta dikafankan kerana dikatakan mati syahid serta ada laporan yang mengatakan pengikut PAS sanggup menaburkan atau menyiramkan kubur kubur arwah dengan air mawar untuk menunjukkan bahawa arwah arwah ini syahid dan kuburan mereka berbau harum.

Namun semuanya terbongkar apabila satu persatu pengikut mereka keluar dari PAS dan mendedahkan perkara yang terjadi dan telah mereka lakukan.

Masih lagi tidak cukup dengan itu, mereka juga didakwa menggunakan wang tabung memali dan ini didedahkan oleh cikgu Non dalam buku bertajuk 'Kafirkah Aku' dan oleh kerana terlalu banyak kepincangan didedahkan oleh penulis ini hingga membuatkan presiden PAS mengharamkan buku tersebut kapada ahli PAS.

Itu mungkin sebahagian yang Sangkakala tau, dan Sangkakala akan menulis lagi untuk mengingatkan para pembaca tentang kejahilan PAS selama ini.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: