Khamis, 21 Februari 2013

BILA DUN SELANGOR DIBUBARKAN

Menteri Besar Selangor mengatakan bahawa beliau telah mendapat perkenan dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk membubarkan DUN sebelum Dewan Rakyat dibubarkan.

Jadi apa lagi yang Khalid gagap ni nak tunggu lagi? Kata hari tu beriya iya sangat nak bubar DUN jika Perdana Menteri masih tidak membubarkan parlimen dan beliau memberi waktu sehingga minggu ini untuk Perdana Menteri melakukan pembubaran tersebut.

Jika sudah mendapat restu dari Sultan Selangor sepatutnya Khalid tidak lagi bermain tarik tali untuk pembubaran tersebut, dan sebagai Menetri Besar beliau tidak seharusnya bersikap kebudak budakan.

Tapi memang sudah menjadi adat pembangkang akan mengugut sesuatu perkara dan Khalid juga tidak ketinggalan dalam melakukan perkara tersebut dengan harapan Perdana Menteri akan mengikut kehendak pakatan pembangkang.

Akan tetapi nampaknya Khalid sudah tersilap langkah dengan ugutan sebegitu Perdana Menteri masih lagi tidak membubarkan parlimen dan Sangkakala percaya semua itu adalah kerana kebijaksanaan Perdana Menteri dan ianya tidak dihasut oleh mana mana pihak.



Tiada ulasan: