Rabu, 13 Februari 2013

SI TUA NI PENTINGKAN WANG RINGGIT

Jelas sudah bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak lebih pentingkan wang ringgit dari alam sekitar serta pencemaran.

Beliau berkata sekiranya kerajaan persekutuan mahu kerajaan Kedah menghentikan pembalakan di negeri itu, kerajaan persekutuan perlu membayar pampasan berjumlah 100 juta kepada kerajaan negeri.

Kenapa Azizan sampai begitu sekali? Adakah ini yang digelar pemimpin yang menjaga kepentingan rakyat dan negeri?

Nampak sangat Azizan lebih pentingkan wang daripada keselesaan dan menjaga alam sekitar.

Dengan cara itu juga mungkin Azizan akan membotakkan seluruh kawasan hutan di negeri Kedah kerana jika ianya dihalang maka pampasan perlu dibayar kepada kerajaan negeri.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: