Rabu, 13 Februari 2013

SEMANGAT HIMPUNAN UMNO HILANG LEPAS KELUAR PINTU PWTC

Bila dilihat kepada semangat Pilihanraya, sudah pasti kita melihat ramai ahli ahli parti politik begitu komited dan bersemangat.

Namun bagi UMNO, semangat ini sudah ditiup dari dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 lagi, dimana ada ahli yang menangis menitiskan air mata apa bila Perdana Menteri meminta maaf kepada semua atau seluruh rakyat Malaysia diatas segala kesilapan yang pernah dilakukan oleh kerajaan selama ini.

Itu adalah kata kata azimat dari Perdana Menteri sebagai perangsang kepada seluruh ahli serta jentera parti dalam berjuang bagi memastikan kemenangan kepada Barisan Nasional.

Tapi apa dah jadi bila semua yang hadir itu keluar dari bangunan PWTC? Adakah semua keluar berjuang mencurahkan khidmat bakti bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional dalam PRU13 nanti?

Mungkin juga ada, tapi lebih ramai yang duduk saja dalam keadaan selesa. Mungkin juga ada yang berjuang dengan ikhlas dan setia, tapi tak kurang juga yang tengok saja.

Walau apa pun, Sangkakala harap agar jentera pilihanraya ini bergerak dengan lebih aktif lagi dalam memastikan kemenangan mutlak kepada Barisan Nasional.

Jangan diharap kepada Perdana Menteri serta para pemimpin untuk melakukan kerja turun padang, kita sebagai ahli parti juga perlu sama sama berjuang dalam memastikan kemenangan ini.

Cuba kita lihat video iklan Tahun Baru Cina dalam laman youtube, berapa ramai yang menyukai video tersebut? Hinggakan pecacai pecacai pakatan dengan begitu laju menekan butang dislike dalam lama tersebut yang hampir hampir membuatkan video itu dikeluarkan dari laman sosial tersebut.

Ini adalah salah satu bukti dimana tidak ada yang begitu mengambil perhatian tentang perkara perkata seperti itu.

Seperti gambar diatas, gambar 2 orang pemimpin UMNO iaitu Perdana Menteri serta Menteri Besar Perak telah di simbah dengan cat merah oleh pengikut haram jadah bernama pakatan haram.

Gambar tersebut telah dihantar oleh seseorang kepada Sangkakala dan orang yang mengambil gambar ini hanya mampu mengambil gambar, tapi apa tindakan seterusnya?

Seperti artikel Sangkakala sebelum ini yang dipetik dari sumber BERNAMA, beberapa NGO telah melaporkan perkara ini kepada pihak polis tapi itu adalah NGO, dimana pula UMNO dan Barisan Nasional?

Fikir fikirkanlah..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: