Sangkakala juga tidak ketinggalan merasa amat gembira dengan menifesto yang diberikan dan kemungkinan untuk menjadi orang kaya jelas terpampang didepan mata.
Tapi jika difikirkan kembali, apalah gunanya rakyat kaya tetapi negara mengalami kemiskinan akibat dari penurunan harta.
Sangkakala katakan begitu kerana selama ini kerajaan Barisan Nasional yang dikatakan tidak memberi bantuan dan mengongsi harta kekayaan negara mempunyai hutang yang begitu tinggi, inikan pula jika pakatan pembangkang memberikan subsidi yang begitu tinggi sekali.
Adakah dengan memberikan subsidi secara berlebihan boleh menambah kekayaan negara?
Sangkakala mengambil kira kira yang amat mudah, kerajaan Barisan Nasional memberikan subsidi minyak, tepung dan sebagainya membuatkan negara mengalami kerugian, apatah lagi dengan pemberian subsidi berlebihan adakah akan menguntungkan negara?
Pembangkang mengatakan bahawa keuntungan Petronas perlu dikongsi dengan rakyat dan Sangkakala amat bersetuju dengan pendapat tersebut, tetapi ada perkara yang juga perlu difikirkan untuk kepentingan bersama.
Seperti contoh, sebuah syarikat yang mempunyai 10 orang pemegang syer atau saham, adakah semua keuntungan syarikat tersebut perlu diberi sama rata hinggakan dalam akaun syarikat tersebut dikosongkan?
Jika perkara itu terjadi, maka syarikat tersebut tidak akan mampu untuk melangkah dengan lebih jauh untuk mendapat keuntungan lebih, atau dengan kata lain, syarikat tersebut akan berada di takuk sama dan tidak akan membawa kejayaan.
Mungkin akan ada cai cai pembangkang yang mengatakan adalah tidak sama sebuah syarikat dengan sebuah negara, itu benar tetapi dari segi keuntungan ianya adalah sama.
Pakatan pembangkang mengatakan bahawa keuntungan bagi perolehan pendapatan petronas dan negara mencecah RM 200 billion, adakah ianya perlu dihabiskan sama sekali? Bagaimana pula dengan pembangunan yang perlu dilakukan demi menarik pelabur asing untuk melabur ke dalam negara demi menambah keuntungan tersebut? Tidakkah itu perlu diambil kira?
Sepertimana menifesto pembangkang, Sangkakala melihat memang terlalu banyak subsidi diberikan kepada rakyat tetapi Sangkakala amat yakin bahawa ianya hanyalah sebagai gula gula yang dijamu kepada rakyat dan ianya manis hanya sementara, apabila ianya habis, maka keadaan asal akan kembali.
Seperti yang kita semua ketahui, negeri Selangor adalah yang terkaya di Malaysia, dengan pelbagai kilang serta mempunyai pelabuhan yang amat menguntungkan namun Selangor masih tidak mampu untuk memberikan seperti mana yang dijanjikan didalam menifesto kerajaan Selangor dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu.
Terlalu banyak dolak dalik yang diberikan oleh kerajaan pakatan di Selangor hingga membuatkan rakyat bangkit dengan mengambil tindakan undang undang apabila terasa diri mereka tertipu dengan menifesto tersebut.
Adakah kerajaan Pakatan pembangkang perlu menerima saman secara berterusan sekiranya mereka memerintah, dan jika keadaan itu terjadi, adakah pelabur asing akan berani melaburkan wang mereka yang bernilai berbillion billion ringgit?
Demi kestabilan ekonomi, kita sebagai rakyat juga memahami situasi yang dilalui oleh kerajaan dalam memberikan keselesaan kepada kita semua, dan dengan itu kita juga harus membantu kerajaan dalam perlaksanaan pembangunan untuk memacu ekonomi negara.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan