Sabtu, 2 Februari 2013

LAWATAN MB PERAK @ZambriAbdKadir KE SURAU DESA AMAN PARIT BUNTAR

Sambungan dari berita perjalanan pagi tadi selepas YAB Menteri Besar Perak bersenam robik bersama warga Parit Buntar, kini beliau berada di Taman Desa Aman untuk melawat surau yang dibina bagi memastikan keselesaan penduduk di kawasan Taman ini.

Dihadiri oleh kira kira 100 orang penduduk Taman, YAB Menteri Besar telah diberi taklimat oleh Pegawai Daerah Kerian tentang kemajuan pembinaan surau tersebut.

Dalam ucapan ringkas Menteri Besar, beliau berkata bahawa beliau telah berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha Pembangunan Negeri dan beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 250 ribu untuk menyiapkan surau tersebut.

Wang tersebut menurut Menteri Besar akan disalurkan kepada jawatankuasa surau dan pihak jabatan jabatan dibawah kerajaan negeri akan datang membantu dari semasa ke semasa.

Turut hadir sama dalam lawatan ini ialah Pemnagku Ketua UMNO Bahagian Tuan Haji Mohd Salleh Mad Disa, Pemangku Timbalan Ketua UMNO Bahagian, saudara Mua'amar Ghadafi Jamal Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia serta kepimpinan bahagian yang lain.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: