Sabtu, 2 Februari 2013

MB PERAK @ZambriAbdKadir DUDUK BERSILA BERSAMA RAKYAT

Dalam majlis kenduri kampung yang diadakan di surau kampung Sungai Burung Tanjung Piandang lebih dari 500 orang hadir dan apa yang menjadi kebanggaan bagi penduduk Kampung Sungai Burung apa bila beliau duduk bersila dan jelas ianya kelihatan di wajah semua para hadirin.

Dalam ucapan aluan pemangku ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, beliau mengatakan bahawa penduduk kampung merasa amat terharu apabila YAB Menteri Besar sanggup turun untuk bersama sama rakyat walau pun kampung ini jauh ke pedalaman.

Penduduk kampung secara gotong royong menyediakan 12 jenis ulam ulaman, 4 jenis sambal dan pelbagai jenis juadah makan tengah hari.

Beberapa permintaan dari kalangan penduduk kampung juga telah diajukan termasuklah jalan, surau dan sekolah yang pelu dibaik pulih.

Mereka juga memohon supaya dewan KEMAS di kampung Parit Sungai Burung dibaik pulih dan Tuan Haji Mohd Salleh selaku pemangku Ketua UMNO Bahagian memohon agar permohonan penduduk kampung ini dipertimbangkan sewajarnya.

Ucapan Menteri Besar pula berkisar tentang kawasan kampung Sungai Burung yang mana ianya adalah kawasan beliau membesar dan masih terdapat ramai rakan rakan yang masih lagi mengenali beliau dan beliau juga mengenali mereka secara rapat.

Beliau mengatakan bahawa keadaan kampung ini telah begitu banyak perubahan.

Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus menyediakan masakan serta makanan bagi kenduri kampung pada tengah hari ini.

YAB Menteri Besar Perak mengatakan bahawa bantuan untuk sekolah yang dilawati tadi telahpun diluluskan.

permohonan untuk Dewan KEMAS juga diluluskan dalam majlis ini.

Berkenaan dengan Jalan 3 simpang juga diluluskan dan beliau meminta supaya pegawai daerah pergi membuat siasatan dan anggaran perbelanjaan.

Turut diluluskan juga ialah kubah masjid di kampung Sungai Burung dan beliau akan melakukan lawatan di akhir majlis nanti.

Diakhir majlis sebelum jamuan makan tengah hari, beberapa penduduk telah menerima sumbangan, begitu juga dengan anak anak sekolah yang menerima basikal dan vateran UMNO turut menerima cenderahati.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dah dekat pilihanraya baru nak bersila dengan rakyat. sebelum tu belasah harta rakyat