Selasa, 5 Februari 2013

WONG TACK BOLEH DITAHAN ATAS SEBAB UGUTAN

Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack boleh ditahan oleh anggota polis atas ugutan mahu membakar kilang nadir bumi Lynas.

Ini berikutan dengan kenyataan beliau semalam didalam akhbar berbahasa cina yang mengatakan bahawa beliau sendiri akan membakar kilang tersebut sekiranya kilang itu masih beroperasi selepas pilihanraya.

Mungkin juga Wong Tack cuba menjadi hero masyarakat kononnya dengan mengatakan kilang tersebut menghasilkan radioaktif yang tinggi walau pun ianya telah disahkan selamat oleh badan tenaga atom dunia.

Dan apa yang kita lihat sebenarnya ialah ianya tidak lebih dari agenda politik semata mata.

Isu kilang lynas telah dibangkitkan oleh YB Fuziah yang mengatakan bahawa kilang tersebut akan menjadi satu ancaman kepada kesihatan penduduk sekeliling namun ianya disangkal oleh badan siasatan tenaga atom dunia yang mengatakan bahawa penghasilan bahan radioaktif di kilang tersebut adalah dibawah paras yang ditetapkan.

Jadi isu kilang lynas ini dianggap tidak mempunyai apa apa kaitan dengan apa yang dikatakan oleh Fuziah.

Begitu juga dengan pakar tenaga nuklear PAS, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kilang tersebut tidak selamat.

Penduduk di sekitar kawasan kilang sehingga ke hari ini tidak menerima apa apa kesan radioaktif jika benar apa yang didakwa oleh pembangkang tentang kilang tersebut.

Penduduk disekitar kilang tersebut juga bersyukur dengan pembinaan kilang tersebut, maka taraf ekonomi mereka meningkat apabila banyak peluang pekerjaan diwujudkan di kilang tersebut.

Nampak sangat sekarang pembangkang ketandusan idea untuk menyerang kerajaan, daripada mereka mengatakan bahawa mereka adalah aktivis yang cintakan kehijauan kini sudah bertukar kepada aktivis ugutan.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 ulasan:

Jabalnur berkata...

Pois buat apa lagi? Tak kan nak bgagi minum petang macam bagi kat penjenayah bersih dulu?