Rabu, 6 Februari 2013

NI BLOGGER BODOH MANA MASUK GELANGGANG PULAK

Sangkakala agak seronok pula dengan artikel yang dikeluarkan oleh blogger (orangni.blogspot) yang mengatakan bahawa MB Perak bomoh tepi longkang.

Yang sebenarnya, penulis tersebut adalah penulis tepi longkang yang tidak tahu apa2 cerita dan ambil kesimpulan daripada apa yang dibaca melalui akhbar.

Kisah hantu pocong ini sebenarnya bukanlah isu, tetapi yang menjadi isu ialah apabila ianya disebut sebut oleh orang ramai.

Memang kecoh satu ketika bahawa di Kawasan tersebut dengan kehadiran hantu pocong dan dikhabarkan juga bahawa ada penduduk yang terjumpa dengan lembaga tersebut dan ianya menjadi liputan oleh akhbar tempatan.

Apabila ditanya oleh wartawan tentang kisah tersebut kepada Menteri Besar beliau menjawab bahawa ianya agak melucukan dan ada pihak yang tidak bertanggungjawab sebenarnya mengatakan bahawa kehadiran lembaga tersebut (pocong) disebabkan oleh pembersihan kawasan untuk dimajukan oleh kerajaan negeri.

Itu maksud Datuk Seri Zambry, dan beliau bukanlah mengatakan bahawa beliau percaya terhadap perkara tahyul tersebut.

Berkenaan dengan kenyataan Ketua Penerangan Pas Kawasan Parit Buntar, Fakhrurrazi Khalid, yang berkata tentang projek pengagihan tapak lot penempatan Kampung Tersusun Raja Bashah, Kuala Kurau, ianya telah lama selesai, takkan selaku ketua Penerangan PAS kawasan beliau tidak mengetahui perkara tersebut atau beliau juga sama seperti ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen PAS dan PKR Parit Buntar yang tidak mengambil peduli tentang kebajikan penduduk sekitar kawasan Parit Buntar.

Inilah kerja pembangkang yang sentiasa akan menunjukkan bahawa mereka betul tapi yang sebenarnya mereka ini ketandusan isu untuk didedahkan kerana segala kebajikan serta pembangunan dilakukan oleh BN Parit Buntar dan negeri Perak.

Sudah sudah le nak tabur fitnah, jangan nanti meludah kelangit terkena muka sendiri, tepuk air didulang muka sendiri terkena percikan.

Apa apa pun kita tunggu nanti Sangkakala akan tunjukkan betapa bodohnya pemimpin tertinggi mereka di dalam sidang DUN yang sudah tidak mengenal apa yang beliau ucapkan.

Nantikan videonya yang akan Sangkakala muat naik ke laman youtube dan kita sama sama nilai betapa bengapnya mereka ini.


Psttt..tunggu tau, lepas tu nanti jawab, jangan buat bodoh pulak.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hoi blogger pengecut kalau berani buat la laporan polis kepada idham lim.

tak payah dok buat fitnah baru dgn video sidang dun edit.

dasar bacul, sama macam umno parit buntar. hanya tahu tabur fitnah, bila dicabar buat laporan polis apa pun tak boleh