Selasa, 5 Februari 2013

IDHAM LIM TERPINGGIR DI PARIT BUNTAR

Desas desus mengatakan Yb Idham Lim ADUN Titi serong yang dikatakan tidak lagi akan bertanding di kawasan tersebut mungkin ada benarnya.

Cuba kita lihat banner yang ada di atas, jelas menunjukkan bahawa gambar Idham tidak kelihatan walau pun beliau masih lagi ADUN kawasan tersebut.

Ada juga kemungkinan yang mengatakan bahawa tempat beliau akan digantikan dengan Ustaz Abu Bakar, Ketua Penerangan PAS Negeri Perak.

Adakah sebegitu mudah untuk penduduk Parit Buntar khususnya penduduk di Titi Serong akan melupakan kisah kompleks pendidikan Darul Anwar yang mana modal pembinaannya telah dikutip melalu wakaf tapak pembinaan tersebut?

Ataupun adakah PAS dengan begitu mudah melarikan Idham dari dibelenggu masalah?

Dimana ketelusan PAS dalam isu ini? Dengan mudah apa bila seorang wakil rakyat mereka bermasaalah, maka wakil rakyat tersebut di tukarkan ke kawasan lain dan digantikan pula dengan muka baru dan begitulah akan terjadi secara berterusan.

Walau siapa pun yang diletakkan di DUN Titi Serong dan Kuala Kurau serta Parlimen Parit Buntar, masalah sama akan terus berlaku, dan ianya akan menjadi generasi ke generasi.

Calon calon dari parti sebegini harus ditolak, demi kesejahteraan serta pembangunan di kawasan Parit Buntar, kerana selama 4 tahun mereka menjadi wakil rakyat, dimana kemajuan yang mereka lakukan?

Para pengundi Parit Buntar harus melihat perkara ini dengan penuh teliti, kerana sedikit kesilapan masa lalu, maka 4 tahun terbuang begitu sahaja tanpa apa apa pembangunan serta kemajuan.

Adakah nasib generasi akan datang terus diperjudikan seperti sekarang?

Dimana yang dikatakan bahawa Idham Lim membawa pembangunan? Sangkakala tidak melihat perkara ini berlaku.

Begitu juga dengan Yb Yunus, ADUN Kuala Kurau, pembangunan rakyat tidak dilaksanakan dengan alasan bahawa mereka bukan parti yang memerintah seolah olah mereka tidak boleh melakukan apa apa, namun apa yang sebenarnya ialah semua itu hanyalah alasan semata mata dan ianya adalah cara untuk mereka melepaskan diri dari tanggungjawab sebagai ADUN.

Begitu juga dengan Ahli Parlimen yang ada kini, beliau yang hanya bermain dengan isu isu nasional seolah olah lupa kepada para pengundi serta rakyat yang meletakkan beliau sebagai wakil mereka dalam PRU12 yang lalu.

Jadi kepada pengundi Parit Buntar, fikir fikirkanlah, yang mana satu parti yang tidak memberi kemajuan di kawasan dan yang mana pula sering memberikan bantuan kepada masyarakat serta rakyat.

Barisan Nasional contohnya telah memberikan bantuan bernilai jutaan ringgit sepanjang tempoh 2008 hingga 2012 yang lalu, dengan pelbagai kemudahan infrastruktur serta kebajikan untuk rakyat telah terlaksana, bantuan demi bantuan telah diberikan kepada rakyat terutamanya golongan yang amat memerlukan.

Ini adalah contoh kerajaan yang perlu diberi sokongan dan dorongan agar kemajuan demi kemajuan dikecapi oleh rakyat serta kebajikan yang tidak pernah hilang untuk golongan daif serta memerlukan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cis pengecut, kalau berani anda dicabar bersama umno parit buntar buat laporan polis terhadap idham lim.

jika itupun tak berani tak payah nak tabur fitnah.

anda dan umno parit buntar BACUL, PENGECUT, BERANI HANYA DI BLOG

Tanpa Nama berkata...

setuju dgn admin blog.. PAS akan lingkup kali ini.. kami orang parit buntar akur dgn kesilapan pada PRU12. dan kesalahan itu akan kami tebus dgn memberi undi kepada BN dalam PRU13 nanti. orang KULAAN jgn lagi beri undi kepada PAS yg hanya akan menghancurkan islam. hidup Kulaan dan BN!

Tanpa Nama berkata...

idham lim terpinggir bukan satu fitnah..ni semua 'orang pas' dun titi serong dah tau..senampak aku lah sebagai warga bagan tiang dalam dun titi serong, satu2nya sumbangan idham lim kat parit buntar yg boleh aku nampak cuma kerusi2 lepak kat masjid dan tepi2 longkang dengan cop 'SUMBANGAN IDHAM LIM'..rasanya dia beli dengan duit poket sendiri gamaknya kerusi2 lepak tu..pasal tu ada cop cam tue..
kalau dari hasil derma ..mungkin dicop cam lain..
pas kat parit buntar tak kuat..cuma umno jer bertambah lemah bila dato' raman meninggal dunia..politik berebut tempat mungkin jadi penghalang umno ambil balik kerusi parit buntaq..
aku cadangkan umno amik pemimpin payung terjun yg hebat macam pru2004 dulu bagi kerusi parlimen..bagi kerusi dun..kekal jer calon 2008 dulu..pengikut bakaq cc dan rakyat biasa yg percaya bakar tu baik orangnya pun masih ramai..
tanpa sabotaj dalaman..peluang rebut kembali parlimen dan dun parit buntar tu cerah..
pas umumnya pun dah semakin lembik dan hancoq bila berpakat ngan dap dan pkr..simpati org ramai kat anwar pun dah terhakis habih..jadi, undi2 simpati ni dah takdak lagi..
umno parit buntar kalau betul2 nak menang..berkorbanlah..redha jer lah bila 'bos' anda tak dicalonkan dalam pru13 nanti..yg penting, undi bagi kat umno/bn..

DD Bagan Tiang

Tanpa Nama berkata...

selagi takut nak buat laporan polis terhadap idham lim selagi itulah blogger pengecut ni dianggap penabur fitnah makan upah umno parit buntar