Sabtu, 2 Februari 2013

PERJUMPAAN DAN PENYAMPAIAN LESEN BOT NELAYAN OLEH MENTERI BESAR MENDAPAT SAMBUTAN KAUM CINA

Hampir 700 orang hadir ke dewan SJK (C) Nam Hua, Tanjung Piandang dalam majlis perjumpaan dan penyampaian lesen bot nelayan kepada nelayan tempatan.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Pemangku Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, seramai 182 orang nelayan akan menerima lesen perikanan laut mereka pada hari ini.

Warga nelayan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar Perak yang sudi hadir bagi menyampaikan lesen lesen kepada para nelayan.

Menteri Besar pula dalam ucapannya berkata, beliau memuji kecantikan dewan SJKC Nam Hua ini kerana ianya pelbagai guna.

YAB Menteri Besar juga meluluskan peruntukan sebanyak RM 100 ribu bagi kegunaan sekolah Nam Hua ini.

Beliau mengucapkan tahniah kepada penerima lesen pada hari ini dan terima kasih juga beliau ucapkan kepada Jabatan Perikanan.

Beliau berkata bahawa setiap janji yang diucapkan oleh kerajaan Barisan Nasional sudah pasti akan ditepati dan ianya takkan dimungkiri.

Beliau juga berdoa agar semua yang hadir hidup sejahtera serta aman damai dan akhir sekali beliau mengucapkan selamat menyambut tahun baru cina kepada semua warga Tiong Hua.

Dalam majlis ini juga menyampaikan sumbangan sebanyak RM 3 ribu kepada beberapa NGO di kawasan Parit Buntar.

Dan akhir sekali penyampaian bantuan rumah nelayan telah disampaikan oleh YAB Datuk Seri Zambri Abdul Kadir kepada para nelayan.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tabuq jangan tak tabuq. berebut pula jadi tukang serah