Sabtu, 2 Februari 2013

ORANG PAS PARIT BUNTAR BACA DOA KESEJAHTERAAN UNTUK BN DAN MB PERAK

Malam semalam satu kejutan telah berlaku di Parit Buntar apabila 30 orang dari parti pembangkang tekad untuk meninggalkan parti masing masing kerana kecewa dengan pelbagai masalah dalam parti yang mereka sertai.

Tidak sanggup melihat agama Islam sering dipermainkan oleh parti pembangkang, seorang ustaz dengan rela hati meninggalkan parti yang dianggap oleh beliau tidak mampu mempertahankan agama Islam malah walau hanya satu kalimah sekalipun iaitu kalimah Allah yang tidak mampu dipertahankan oleh mereka (PAS).

Ikuti doa yang dibacakan oleh ustaz ini sebaik sahaja beliau menyarungkan jaket BN yang disarungkan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Diraja Dr Zambri Abdul Kadir dalam majlis Gerak Mesra Rakyat Parlimen Parit Buntar.

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO KLIP
Ini adalah satu petanda baik bahawa BN akan merampas kembali kedua dua kawasan DUN iaitu Kuala Kurau dan Titi Serong serta Parlimen Parit Buntar pada PRU13 nanti.





5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sapa tak kenal pak syeikh tu. dah berkurun umnonya .tiba2 je dakwa ahli pas.

jangan nak tipu orang parit buntar la. blogger luar macam kau, boleh la kena temberang

Tanpa Nama berkata...

mn hang tau.. x baik tuduh2 kalu kita x pasti...doa alim ulama' ni tmakbul...

hamba Allah berkata...

Maaf yer... x baik tuduh hal yg en sendiri x pasti. Dlm hal ni pak syeikh x mungkin tipu..dia berpegang pd agama.lebih baik encik selidik sebelum buat apa2 kenyataan.takut jd fitnah.. Wallahua'lam..

Bijak Fikir berkata...

yup..setuju..Allah Maha Mengetahui... :) kita tuduh2 x pasai2 kita yg menempah azab api neraka.. Sbb Fitnah tu sgt besar dosa nya..lebih besar dari membunuh....

upin n ipin berkata...

Tanpa Nama 1:Anda pasti???apakah hubungan anda dgn Pak Syeikh tu....