Sabtu, 9 Februari 2013

MAJLIS SYURA PAS BUAT LAWAK

Majlis Syura PAS hari ini buat lawak pula dengan mengatakan bahawa ustaz Nasha boleh memberi pandangan atau pendapat kepada majlis PAS tersebut.

Setelah menggugurkan ustaz Nasha sebagai ahli majlis kerana kenyataan kenyataan beliau mengkritik PAS, kali ni baru kata nak dengar pendapat?

Kalau benar majlis syura mahu mendengar pendapat ustaz Nasha, apa perlu beliau digugurkan keanggotaan dari majlis tersebut.

Ternyata majlis syura agaka menyesali perbuatan mereka kerana terlalu mengikut telunjuk PKR dan DAP.

Itu juga sebab kenapa rakyat perlu menolak parti pembangkang dalam PRU akan datang, kerana mereka ini tidak mampu untuk membuat keputusan atau mempertahankan ahli mereka sendiri, jadi bagai mana pula untuk mempertahankan rakyat?

Fikir fikirkan lah.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: