Sabtu, 9 Februari 2013

PANDANGAN TUN MAHATHIR TEPAT

Sangkakala setuju dengan pandangan serta pendapat Tun Dr Mahathir kepada Perdana Menteri berhubung dengan dakwaan dakwaan Deepak.

Beliau berkata selaku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib akan terus menerima segala macam tohmahan dari pelbagai pihak.

Seperti juga beliau semasa menjadi Perdana Menteri dulu, pelbagai hinaan dan kutukan yang diterima oleh beliau namun beliau tetap juga membela nasib rakyat serta memajukan negara ini.

Sangkakala juga lihat, kisah si penjual karpet ini seumpama anjing menyalak bukit yang merasa kerugian apa bila menjual aset aset syarikat kepada syarikat lain.

Sangkakala juga beranggapan bahawa Deepak sengaja berbuat begitu untuk meraih simpati dari rakyat dan pemimpin pembangkang yang mana beliau mencerminkan bahawa dirinya tertindas dan teraniaya.

Tapi adakah ianya benar benar belaku sebegitu? Sangkakala amat yakin bahawa beliau mempunyai agenda tertentu sehingga beliau sanggup meminta kekebalan dari undang undang sekiranya pakatan pembangkang menjadi kerajaan.

Jadi disini kita dapat melihat bahawa Deepak bukanlah benar benar ikhlas, tetapi beliau lebih kepada mencari keuntungan semata mata.

Dan oleh itu, Perdana Menteri tak perlu ambil peduli dengan si penjual karpet ini kerana ianya hanyalah membuang masa semata mata.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: