Sabtu, 9 Februari 2013

CHUA JUI MING MASUK ISLAM

Kita boleh lihat kenyataan dari bekas seorang menteri yang agak bodoh, beliau mengatakan bahawa selama 40 tahun beliau bersama Barisan Nasional beliau tidak pernah diajar tentang Islam.

Adakah selepas menyertai pakatan beliau begitu arif tentang Islam?

Nampaknya pemimpin yang baru sahaja menyertai PKR ini tidak faham isu kebebasan beragama bagi bukan Islam di Malaysia.

Sia sia beliau berkhidmat dalam kerajaan selama ini jika tidak tahu tentang dasar kerajaan dan perlembagaan.

Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah menghalang sesiapa juga orang bukan Islam untuk mendalami atau menyelami pengetahuan tentang agama Islam, dan itu adalah diatas kehendak masing masing.

Negara kita mempunyai pelbagai agama dan bangsa, jadi tidak salah sekiranya Chua ingin mengetahui tentang mana mana agama sekalipun.

Juika dahulu semasa didalam kerajaan Barisan Nasional, beliau menghentam kepimpinan pembangkang, namun pada kali ini beliau memuji pula kononnya pembangkang mendedahkan beliau tentang agama Islam.

Jika sudah tahu serta cinta kepada agama Islam, kenapa beliau masih tidak lagi memeluk agama Islam?

Ini semua adalah retorik politik demi untuk mencari undi penalti daripada rakyat, dengan mengatakan bahawa beliau sudah agak arif tentang agama Islam.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: