Sabtu, 9 Februari 2013

HAJI HADI TAK FAHAM MAKSUD PERDANA MENTERI

Nampaknya Haji Hadi memang tak faham maksud Perdana Menteri tentang kenyataan supaya Pakatan menerima keputusan rakyat dalam pru13 nanti.

Beliau mengatakan bahawa Barisan Nasional yang tidak menerima keputusan rakyat dalam pilihanraya dengan mengaitkan isu kerajaan Perak yang bertukar tangan setelah ada beberapa ADUN pakatan bertindak keluar parti dan menjadi ADUN bebas serta menyokong  Barisan Nasional menjadi kerajaan.

Maksud Perdana Menteri sebenarnya berkisar tentang kenyataan beberapa pemimpin serta pengikut pakatan yang akan turun ke jalan raya jika pakatan gagal menjadi kerajaan dan ini adalah berupa satu ugutan yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Jadi tidak salah sekiranya Perdana Menteri meminta sekiranya pakatan menerima keputusan rakyat dalam pilihanraya akan datang demi kestabilan dan keamana negara.

Cuba kita bayangkan sekiranya terjadi huru hara disebabkan oleh rusuhan dan sebagainya yang dicetuskan oleh pakatan serta pengikut mereka, sudah pasti ekonomi negara akan jatuh serta pelabur asing merasa takut untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang selamat untuk mereka melabur.

Ini adalah satu kerugian kepada negara serta rakyat Malaysia yang mana selama ini hidup dalam keadaan aman dan damai penuh harmoni.





1 ulasan:

Man Toya berkata...

Dia ni mana paham cakap org