Khamis, 7 Februari 2013

USTAZ NASHA KELIRU DENGAN PAS

Surat rasmi pemecatan anggota Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa, sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS akhirnya sampai ke tangan beliau semalam selepas dipecat kira-kira dua minggu lepas.

Namun kekeliruan terjadi bila 2 pemimpin tertinggi PAS mempunyai kenyataan berbeza dengan status keahlian beliau.
   
Mursyidul Am PAS mengatakan dengan pemecatan Ustaz Nasha daripada Majlis Syura Ulama, beliau automatik dipecat sebagai ahli tetapi presiden pula berkata sebaliknya.

Memang selama ni pun PAS tiada kata sepakat dalam mana mana kenyataan, perlembagaan PAS sendiri pun tidak diguna pakai oleh kepimpinan tertinggi yang boleh suka suka pecat ahli tanpa dipanggil untuk membela diri.

Jadi dalam hal ustaz Nasha ni tidak perlulah menjadi kejutan kepada mana mana ahli PAS yang lain, sebab undang undang PAS sekarang bukan ditentukan oleh kepimpinan atau jawatankuasa PAS tapi ianya ditentukan oleh tangan tangan hitam yang menyelinap masuk.

Kerana terlalu risau akan kedudukan PAS serta pemimpin mereka dalam Pakatan, maka mereka (PAS) akan menuruti sahaja apa kehendak parti sekutu mereka, tambahan pula pilihanraya sudah hampir.

Tapi satu cabaran dari ustaz Nasha bahawa beliau menunggu surat pemecatan beliau sebagai ahli PAS, tapi berani ke pemimpin PAS nak pecat ustaz Nasha sebagai ahli parti?

Kekuatan ustaz Nasha dalam PAS juga perlu diambil kira oleh kepimpinan.



psstt..tengok badan dia kecik, tapi pengaruh dia besar









Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: