Khamis, 28 Februari 2013

JAMBATAN RUNTUH SALAH SIAPA ???

Jika sebelum ini pembangkang cukup kuat memainkan isu stadium di Terengganu yang runtuh dan dikaitkan dengan korupsi kerajaan Barisan Nasional.

Walaupun masyarakat amnya mengetahui bahawa setiap kejadian itu adalah kehendak Tuhan namun pembangkang tetap mengatakan bahawa ianya adalah salah kerajaan Barisan Nasional.

Hari ini pula kita dikejutkan dengan runtuhnya sebuah jambatan yang masih dalam pembinaan di Science Park 2 intercange Putrajaya, antara Putrajaya/Cyberjaya di lingkaran Putrajaya.

Dan pembinaan ini dikatakan dibawah selanggaraan PKNS iaitu sebuah perbadanan milik kerajaan negeri Selangor.

Apa dah jadi? Adakah kerajaan Selangor mengaku kalau Barisan Nasional pula mengatakan ia adalah korupsi yang ada di dalam PKNS serta kerajaan Selangor.

Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan Selangor sendiri mengalami masalah korupsi projek pembinaan jika benar seperti yang didakwa oleh mereka terhadap UMNO/BN.

Dan seperti biasa, kerajaan Selangor sudah pasti akan mengelak dan menepis semua tuduhan tersebut dan mereka sudah pasti akan mengatakan ianya adalah salah kerajaan, kita sama sama lihat dan dengar nanti apa komen mereka.

Walau apa pun ini semua adalah berkat dari doa pakatan pembangkang yang mahu Tuhan menunjukkan kebenaran yang sebenar benarnya dan hari ini ianya telah termakbul.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

THE STAR CARI GADUH DENGAN CYBERTROOPER

Pengarang eksekutif The Star Wong Sai Wan mengatakan bahawa cybertrooper adalah penipu dan pembohong seterusnya membuatkan media sosial turut berbohong.

Kenapa pengarang ini begitu celupar? Adakah kerana orang sudah tidak lagi mahu membeli akhbar tabloid yang membuatkan mereka mengalami kerugian?

Pada Sangkakala cybertrooper mengolah sesuatu cerita mengikut trend zaman sekarang dan ianya terbukti mampu menarik minat pembaca untuk mengetahui cerita secara cepat dan ringkas.

Tidak seperti akhbar tabloid, yang memakan masa sehari atau kadang kadang seminggu untuk mengeluarkan satu satu kejadian kerana akhbar tabloid mencari keuntungan dengan mengeluarkan hanya berita berita sensasi terlebih dahulu.

Jadi dengan kehadiran cybertrooper dipesada penceritaan kejadian di tanah air menambahkan seri dalam dunia pemberitaan.

Walaupun ada sesetengah penngiat media sosial ini mengamalkan pemberitaan yang kurang tepat, namun bukan semua yang bersifat demikian dan itu perlu diambil kira dan ada kalanya artikel yang dimuatkan di akhbar tabloid juga dicedok dari laman laman sosial.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KESILAPAN TEKNIKAL ATAU MENIFESTO SEGERA

Dalam kenyataan Pakatan Pembangkang bahawa isu menifesto mereka yang tidak menyenaraikan Kelantan dan Terengganu dalam pemberian dan penerimaan royalti sebagai masalah teknikal adalah amat diragui.

Sangkakala mendapat beberapa jawapan daripada rakan rakan yang berada didalam parti kerajaan dan pembangkang.

Rata rata mereka mengetakan bahawa kesilapan teknikal adalah satu alasan daripada pembangkang kerana ianya tidak mungkin terjadi sekiranya pakatan pembangkang benar benar telus dan ikhlas dalam memperjuangkan hak Kelantan serta Terengganu walaupun telah termaktub didalam sistem perundangan bahawa untuk royalti minyak ianya hanya diberikan kepada negeri yang mempunyai minyak diperairan mereka.

Ini juga jelas bahawa menifesto pakatan pembangkang dibuat tanpa perbincangan kerana jika ianya telah dibincangkan maka kesilapan seperti itu tidak akan berlaku.

Ada juga rakan rakan yang memberitahu kepada Sangkakala bahawa pakatan pembangkang mengetahui bahawa Kelantan dan Terengganu tidak layak menerima royalti berikutan kawasan penemuan dan carigali minyak tersebut bukan didalam perairan mereka dan ini berbeza dengan keadaan di Sabah dan Sarawak.

Jadi untuk menutup mata aktivis royalti minyak, mereka memasukkan negeri negeri pengeluar minyak akan mendapat royalti sebanyak 5 ke 20 peratus dan setelah dikaji dan diambil kira, maka Kelantan dan Terengganu bukanlah negeri pengeluar minyak seperti yang dicanangkan dan ini nanti sudah pasti akan memberikan peluang kepada pembangkang untuk menepis sebarang tuntutan berkenaan royalti minyak di kedua dua negeri tersebut.

Perkara ini juga Sangkakala lihat hanya sebagai permainan pembangkang yang di ketuai oleh Anwar Ibrahim yang sememangnya mengetahui hal tersebut dan seperti kata bekas ketua AMK Perak, saudara Faizal dalam satu sesi ceramah bongkar lebih kurang 2 minggu lalu di Parit Buntar, Anwar akan melakukan apa sahaja dan berjanji segala bagai tapi ianya hanyalah untuk mencapai kemenangan dan setelah menang, semua itu akan diolah semula untuk kepentingan beliau.

Jadi kita semua harus sedar bahawa, menifesto pembangkang ini tidak bersesuaian langsung dan ianya dibuat secara tergesa gesa hingga membuatkan kesilapan demi kesilapan terjadi dan oleh yang demikian, pembangkang dilihat tidak layak untuk memerintah kerana jika perkara sebegini di anggap remeh, apatah lagi untuk memajukan negara.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

JANJI BN DITEPATI DI TAMAN SEMARAK PARIT BUNTAR @ZambryAbdKadir

Tidak sampai sebulan dari tarikh upacara pecah tanah pembinaan sebuah dewan terbuka di Taman Semarak, hari ini dewan tersebut telah tersergam di kawasan tersebut.

Dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri sebanyak RM 100'000 dewan ini sudah boleh digunakan oleh penduduk di Taman Semarak untuk melakukan pelbagai aktiviti.

Mengikut kata pengerusi persatuan penduduk, dewan yang didirikan akan digunakan untuk para penduduk melakukan pelbagai aktiviti dan persatuan juga boleh menjalankan aktiviti untuk masyarakat.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Menteri Besar kepada pemangku Ketua UMNO Bahagian, Tuan haji Salleh bin Mat Disa dan ianya telah diserahkan kepada pengerusi persatuan penduduk Haji Zainal Abidin Sha'ari.

Seluruh penduduk Taman Semarak mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan negeri yang memberi bantuan tersebut.

Turut hadir semasa upacara pecah tanah itu ialah Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Mua'amar Ghadafi Jamal.

Hari ini beliau (Mua'amar Ghadafi) datang sekali lagi dengan diiringi oleh Yang DiPertua Persatuan Kontraktor negeri Perak, Datuk Wira Jamaluddin Abd Rahim yang juga merupakan Ahli Jawatan Kuasa UMNO Bahagian.

YDP Persatuan Kontraktor pula telah menyumbangkan sebanyak RM 4000 lagi untuk kerja kerja pendawaian elektrik dan tambahan dinding di bahagian belakang dewan untuk memberikan lebih keselesaan kepada para pengguna.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG TAMAKKAN KUASA

Adalah berbeza dengan amat ketara sekali diantara kepimpinan 4 buah parti yang bertanding dalam setiap pilihanraya umum di Malaysia.

Kita dapat melihat bahawa pemimpin Barisan Nasional akan hanya mengambil satu kerusi bagi setiap calon dan berseza pula dengan pembangkang yang biasanya meletakkan 1 calon untuk 2 kerusi iaitu DUN dan parlimen.

Ini juga jelas menunjukkan bahawa Pakatan pembangkang tidak memberikan peluang kepada muka baru untuk bertanding sebagai calon yang mewakili mereka.

Adakah mereka ini kekurangan calon atau mereka ini terlalu tammakn kuasa hingga tidak memberikan peluang kepada muka baru untuk bertanding?

Sangkakala melihat kepada hanya satu arah iaitu ketamakkan kuasa sebagai pemerintah menjadi agenda utama kerana kita semua sedia maklum ramai dikalangan cerdik pandai menyertai pakatan pembangkang tidak kiralah PAS PKR atau DAP dan mereka ini dipandang sepi.

Tidak seperti Barisan Nasional yang akan menurunkan muka baru dalam setiap PilhanRaya Umum dan setiap muka baru ini pula akan melakukan tugas mengikut kesesuaian umur mereka tanpa menjejaskan reputasi sebagai pemimpin.

Tetapi bagaimana pula dengan kepimpinan pembangkang? Khalid Ibrahim, Nizar Jamaluddin, Lim Guan Eng dan beberapa lagi pemimpin pakatan pembangkang menjadi ahli parlimen dan ADUN dalam masa sama dan ini dilihat sebagai punca mereka tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat.

Lagi satu perkara yang mungkin kita terlepas pandang ialah, calon atau wakil rakyat dikalangan pembangkang ini terdiri daripada kaum kerabat mereka sendiri dan amat ketara di dalam DAP, Lim Kit Siang dengan anaknya Lim Guan Eng, Karpal Singh dengan anaknya Gobind Singh, Guan Eng dengan isterinya dan ramai lagi.

Berbeza pula dengan kepimpinan Barisan Nasional, mungkin ada yang mengatakan bahawa ada juga pemimpin Barisan Nasional yang sebegitu, tetapi hanyalah beberapa orang sahaja itupun biasanya mereka ini bergiat aktif didalam politik dan bukannya sebagai wakil rakyat.

Disini kita dapat melihat bahawa kepimpinan mana yang lebih memberikan komitmen dalam memacu negara dan yang yang mana satu pula lebih cenderong kearah nafsu serakah.

Sama samalah kita nilaikan situasi ini dan Sangkakala harap dalam PRU13 nanti kita semua boleh membuat pilihan bijak dalam menjaga kestabilan negara.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SUKARELAWAN GEMPUR RUMAH ORANG SUSAH DI KUALA KURAU DI MANA YB YUNUS ???

Pagi ini satu aktiviti gotong royong membaik pulih rumah di Kuala Kurau diadakan oleh pemuda UMNO Parit Buntar dan hampir 30 orang pemuda terlibat dalam kerja kerja membaik pulih tersebut.

Sudah acapkali program sebegini diadakan dan ianya melibatkan pemuda pemuda UMNO bahagian Parit Buntar.

Turut hadir pada hari ini ialah Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sungai Burung Pantai saudara Che Samlan yang mengetuai pasukan sukarelawan.

Menurut beliau, pemilik rumah berkenaan pernah memohon peruntukan mayang kepada allahyarham Datuk Abd Rahman yang merupakan Ketua UMNO Bahagian pada ketika itu dan malangnya beliau meninggal dunia debelum sempat bantuan dihulurkan.

Dan kira kira 2 minggu lepas, saudara Samlan telah mengajukan permasaalahan yang sama kepada Presiden Gerakan 4B Malaysia dan hari ini saudara Mua'amar Ghadafi (presiden gerakan belia 4b Malaysia) telah hadir bersama sama dengan Persatuan Kontraktor Melayu Perak yang diketuai oleh pengerusi persatuan tersebut, Datuk Wira haji Jamaluddin Abd Rahim yang juga merupakan Ahli jawatan kuasa UMNO Bahagian.

Antara mereka yang hadir untuk bersama sama dalam program pagi ini ialah ketua kampung batu 11 Jalan Pantai en. Mohd Nayan hj Bakri, pengerusi Gerakan Belia 4B kawasan Parit Buntar saudara Mohd Fuad Zainoldin dan penduduk kampung serta skuad sukarelawan 1Malaysia.

Persatuan kontraktor dan sukarelawan hari ini memberikan bantuan baik pulih lantai dan tingkap kepada penghuni rumah tersebut.

Pemilik rumah yang tidak mahu namanya disebutkan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat terutamanya UMNO Bahagian serta Gerakan Belia 4B Malaysia kerana telah memberikan bantuan kepada beliau untuk keselesaan beliau sekeluarga.

"Saya amat bersyukur dan ucapkan terima kasih kepada semua" ujar beliau.

Beliau juga berkata bahawa sudah beberapa kali beliau menemui wakil rakyat dari PKR, YB Yunus namun semuanya hampa apabila beliau akan berjanji dan terus berjanji untuk menghantar bantuan dan ianya sudah berlanjutan hampir 2 tahun namun batang hidung beliau tidak pernah kelihatan masuk ke kawasan kampung tersebut.

"Saya kecewa dengan YB Yunus kerana setiap kali berjumpa beliau akan terus berjanji untuk menghulurkan bantuan namun tidak pernah kesampaian".

"Hari ini jelas terbukti bahawa Barisan Nasional dan UMNO yang mampu untuk membela nasib orang seperti beliau, dan dimana YB Yunus ketika kami memerlukan bantuan?" ujarnya lagi.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

RAKYAT AKAN KAYA NEGARA MENJADI MISKIN

Kalau nak diikutkan menifesto pakatan pembangkang sudah pasti rakyat di negara ini merasa amat gembira dengan apa yang dicadangkan oleh mereka.

Sangkakala juga tidak ketinggalan merasa amat gembira dengan menifesto yang diberikan dan kemungkinan untuk menjadi orang kaya jelas terpampang didepan mata.

Tapi jika difikirkan kembali, apalah gunanya rakyat kaya tetapi negara mengalami kemiskinan akibat dari penurunan harta.

Sangkakala katakan begitu kerana selama ini kerajaan Barisan Nasional yang dikatakan tidak memberi bantuan dan mengongsi harta kekayaan negara mempunyai hutang yang begitu tinggi, inikan pula jika pakatan pembangkang memberikan subsidi yang begitu tinggi sekali.

Adakah dengan memberikan subsidi secara berlebihan boleh menambah kekayaan negara?

Sangkakala mengambil kira kira yang amat mudah, kerajaan Barisan Nasional memberikan subsidi minyak, tepung dan sebagainya membuatkan negara mengalami kerugian, apatah lagi dengan pemberian subsidi berlebihan adakah akan menguntungkan negara?

Pembangkang mengatakan bahawa keuntungan Petronas perlu dikongsi dengan rakyat dan Sangkakala amat bersetuju dengan pendapat tersebut, tetapi ada perkara yang juga perlu difikirkan untuk kepentingan bersama.

Seperti contoh, sebuah syarikat yang mempunyai 10 orang pemegang syer atau saham, adakah semua keuntungan syarikat tersebut perlu diberi sama rata hinggakan dalam akaun syarikat tersebut dikosongkan?

Jika perkara itu terjadi, maka syarikat tersebut tidak akan mampu untuk melangkah dengan lebih jauh untuk mendapat keuntungan lebih, atau dengan kata lain, syarikat tersebut akan berada di takuk sama dan tidak akan membawa kejayaan.

Mungkin akan ada cai cai pembangkang yang mengatakan adalah tidak sama sebuah syarikat dengan sebuah negara, itu benar tetapi dari segi keuntungan ianya adalah sama.

Pakatan pembangkang mengatakan bahawa keuntungan bagi perolehan pendapatan petronas dan negara mencecah RM 200 billion, adakah ianya perlu dihabiskan sama sekali? Bagaimana pula dengan pembangunan yang perlu dilakukan demi menarik pelabur asing untuk melabur ke dalam negara demi menambah keuntungan tersebut? Tidakkah itu perlu diambil kira?

Sepertimana menifesto pembangkang, Sangkakala melihat memang terlalu banyak subsidi diberikan kepada rakyat tetapi Sangkakala amat yakin bahawa ianya hanyalah sebagai gula gula yang dijamu kepada rakyat dan ianya manis hanya sementara, apabila ianya habis, maka keadaan asal akan kembali.

Seperti yang kita semua ketahui, negeri Selangor adalah yang terkaya di Malaysia, dengan pelbagai kilang serta mempunyai pelabuhan yang amat menguntungkan namun Selangor masih tidak mampu untuk memberikan seperti mana yang dijanjikan didalam menifesto kerajaan Selangor dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

Terlalu banyak dolak dalik yang diberikan oleh kerajaan pakatan di Selangor hingga membuatkan rakyat bangkit dengan mengambil tindakan undang undang apabila terasa diri mereka tertipu dengan menifesto tersebut.

Adakah kerajaan Pakatan pembangkang perlu menerima saman secara berterusan sekiranya mereka memerintah, dan jika keadaan itu terjadi, adakah pelabur asing akan berani melaburkan wang mereka yang bernilai berbillion billion ringgit?

Demi kestabilan ekonomi, kita sebagai rakyat juga memahami situasi yang dilalui oleh kerajaan dalam memberikan keselesaan kepada kita semua, dan dengan itu kita juga harus membantu kerajaan dalam perlaksanaan pembangunan untuk memacu ekonomi negara.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 27 Februari 2013

UMB GEMPUR PERAK ???

Unit Media Baru yang telah mencetuskan satu revolusi baru di alam cyber bagi membantu kerajaan Barisan Nasional untuk terus menerajui negara ini.

Kalau dulu UMB tidak didedahkan walaupun sudah bertapa di negeri Perak, namun oleh kerana beberapa faktor maka UMB Perak didedahkan.

Dengan berbekalkan pengalaman dan kebolehan masing masing pasukan ini mampu untuk menggempur pertahanan cybertrooper pembangkang di negeri Perak dalam menangkis fitnah sert tohmahan yang dilemparkan.

Cybertrooper proPR kini dilihat sudah mula kelihatan kehilangan punca apabila serangan dan pertahanan yang dilakukan oleh UMB Perak.

Cetusan idea dan ransangan yang diberi oleh Pengerusi UMB Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyemarakkan lagi kemaraan para cybertrooper proBN di negeri Perak ini.

Diharap cybertrooper proPR akan lebih berhati hati dalam mengeluarkan setiap perkara atau isu berkenaan Barisan Nasional di negeri Perak kerana pasukan ini akan berganding bahu untuk mempertahankan Menteri Besar dan kerajaan yang ada kini.

Lagi berita dan gambar tentang UMB Perak di blog rakan blogger Sangkakala, sila klik untuk bacaan lanjut.

http://bit.ly/13jP2c7

http://bit.ly/YzGmXa




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PI BALA DIUPAH PAKATAN

Sangkakala tak pernah lagi usik cerita PI Bala yang diakatakan membuat akuan bersumpah (SD) yang mengatakan bahawa Perdana Menteri terlibat dalam kes Altantuya.

Cuma kali ni Sangkakala tertarik sedikit dengan kembalinya penyiasat persendirian ini dari India setelah sekian lama dikatakan menyorok ke sana.

Apa yang menariknya ialah, PI Bala kembali ke Malaysia kononnya untuk berganding bahu bersama sama Deepak Jaikishan sipenjual karpet dalam usaha menjatuhkan kepimpinan Barisan nasional dari menjadi kerajaan.

Tapi bukan itu yang Sangkakala nak perkatakan disini.

Apa yang menjadi kemusykilan Sangkakala ialah, siapa yang menyara kehidupan Bala sepanjang berada di negara tersebut?

Dan kenapa apabila pulang, beliau disambut oleh peguam peguam dari pakatan pembangkang dan ini dilihat seolah olah Bala disara oleh pakatan pembangkang untuk memfitnah perdana menteri.

Bala pernah mengeluarkan akuan sumpah kedua namun beliau mengatakan bahawa akaun sumpah yang pertama adalah yang sebenar dan yang lebih seronok lagi ialah apabila beliau bersumpah di lapangan terbang menggunakan kitab hindu.

Apa yang pasti ialah, cerita Bala ini sengaja diada adakan untuk menjatuhkan kredibiliti Perdana Menteri dan untuk menjatuhkan juga kerajaan Barisan Nasional untuk kepentingan Pakatan pembangkang.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PARIT BUNTAR BAKAL DITAWAN SEMULA OLEH BN

Melihat kepada senario politik di kawasan parlimen Parit Buntar adalah amat diyakini bahawa Barisan Nasional akan merampas kembali kerusi parlimen dan dua kerusi DUN.

Ini semua adalah berikutan ketidak percayaan para pengundi terhadap kepimpinan PAS dan PKR yang meletakkan calon mereka yang mana dilihat tidak mampu untuk menyelesaikan masalah rakyat.

DUN Titi Serong contohnya yang diwakili oleh YB Drs Khalil Idham Lim telah gagal didalam perancangan beliau untuk membina sebuah pusat pengajian ala ala bangunan China di satu kawasan tanah yang telah di tambak dan diadakan majlis pecah tanah beberapa tahun dahulu.

Seperti yang Sangkakala pernah keluarkan didalam artikel sebelum ini, rancangan pembinaan kompleks pendidikan darul anwar adalah dengan mewakafkan tapak kompleks tersebut untuk mendapat sumbangan dari orang ramai dengan kadar RM 10 satu kaki persegi, namun beberapa kekeliruan telah terjadi dan disitu juga kita melihat bahawa kegagalan ini amat mendukacitakan para penderma.

Kawasan kompleks tersebut juga telah diwakafkan sedangkan sebelum itu tanah tersebut masih lagi dimiliki oleh pemilik asal dan ianya belum dipindah milik keatas nama IdhamCare atau Idham Lim Care, namun begitu, apabila sudah ada penyumbang bagi pembinaan tersebut maka barulah pembelian tanah dilakukan dan mengikut maklumat yang Sangkakala terima, masih ada lagi pemilik tanah tersebut yang belum menyatakan persetujuan untuk menual tanah milik mereka.

Tanah tersebut juga dikatakan masih berada didalam satu geran dan ianya belum dibuat pecahan dan dengan itu juga bermakna, walaupun sudah ada yang menyatakan persetujuan tetapi tidak seorangpun yang tahu dimana kedudukan tanah mereka kerana tiada persempadanan hak milik tanah.

Jadi bagaimana IdhamCare hendak mengatakan bahawa proses pengambil alihan sudah berjalan?

Sangkakala juga merasakan seperti para penyumbang seakan akan tertipu dengan apa yang terjadi kerana, tanah yang diwakafkan untuk sumbangan itu sebenarnya adalah hak milik orang lain sedangkan dalam pamplet atau handbill yang diedarkan kepada para penyumbang adalah wakaf untuk pembinaan dan bukannya untuk pengambil alihan tanah dan satu lagi, sehingga kini, wang sumbangan dikatakan masih tidak mencukupi sedangkan ianya sudah berjalan begitu lama, adakah lama kelamaan, tanah ini akan menjadi hak milik IdhamCare yang mana umumnya sudah diketahui dimana kesemua pemegang amanah adalah kaum kerabat YB Idham Lim?

Selama beberapa tahun setelah majlis pecah tanah dijalankan, dan setelah Sangkakala dedahkan didalam blog ini, barulah YB Idham tampil membuat kenyataan di akhbar dan ini juga menunjukkan bahawa sekiranya perkara ini tidak didedahkan maka pihak IdhamCare akan terus mendiamkan diri sehinggalah pilihanraya umum akan datang dimana pengakuan juga telah dibuat oleh YB Idham yang mana beliau tidak lagi akan bertanding sebagai ADUN di Titi Serong dan tempat beliau akan digantikan dengan Pesuruhjaya PAS negeri Perak kononnya.

Ini juga menunjukkan seolah olah YB Idham melarikan diri dari permasaalahan yang dilakukan oleh beliau dan digantikan dengan orang lain pula, dan apa yang pastinya ialah beliau tidak mengalami apa apa kerugian kerana sepanjang beliau menjadi wakil rakyat di DUN Titi Serong, tiada apa apa pembangunan yang dibawa oleh beliau.

Semua bantuan dan sumbangan untuk kebajikan rakyat di kawasan Titi Serong dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional sedangkan UMNO dan Barisan Nasional kalah semasa PRU12 yang lalu dan kini apa yang pasti, pengundi di Titi Serong sudah tahu menilai yang mana intan dan yang mana kaca, kehadiran YB Idham Lim hanyalah untuk memuaskan nafsu sebagai wakil rakyat semata mata.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MEREPEK LAGI PRESIDEN PAS

Setelah mengatakan penerima BR1M umpama ayam dan lembu yang diberi makan hampas kelapa dan jerami padi, kini presiden PAS mengatakan pula Firaun juga pernah memberikan BR1M.

Inikah yang dikatakan pemimpin Islam? Inikah orang yang dikatakan sebagai ulama?

Sangkakala tidak nampak sekarang dimana sifat sebagai ulama yang boleh dilabelkan terhadap haji Hadi dan pemimpin PAS yang lain.

Seperti yang sangkakala baca dalam sinaronline, ada tertulis bahawa haji Hadi juga mengatakan bahawa tahap pengangguran tidak akan berkurangan dengan pemberian BR1M dan beliau juga berkata bahawa kerajaan pakatan pembangkang tidak akan menjadikan rakyat sebagai pengemis seperti yang di dalam menifesto pakatan haram.

Kerajaan selama ini sememangnya tidak pernah menjadikan rakyat Malaysia sebagai pengemis atau menganggap mereka sebegitu, dan kerajaan tidak mengajar rakyat menjadi pengemis.

Jika pemberian BR1M ini dianggap kerajaan mengajar rakyat menjadi pengemis, bagaimana pula dengan pemberian subsidi yang berlebihan kepada rakyat, tidakkah ianya nanti sama juga dengan mengajar rakyat untuk menjadi malas.

Dalam menifesto pakatan pembangkang, Sangkakala dapati masih banyak juga pemberian wang untuk rakyat namun ianya hanyalah retorik semata mata.

Ini kerana, semua menifesto yang terdapat dialam buku menifesto pakatan pembangkang itu telah juga diberikan oleh mereka di Selangor sebelum berlangsungnya pilihanraya umum yang ke 12 dahulu, namun ianya tidak ditunaikan sehingga kini dan yang lebih menyedihkan lagi ialah, apabila pakatan pembangkang yang menguasai Selangor meminta bukti kepada persatuan ibu tunggal bahawa ahli persatuan tersebut mengundi pakatan pembangkang semasa pilihanraya yang lalu.

Dengan terjadinya permintaan itu juga, jelas menunjukkan bahawa pakatan pembangkang sebenarnya hanya mempermainkan rakyat deangan mengula gulakan mereka.

Tetapi setelah menyedari bahawa diri mereka tertipu, persatuan ibu tunggal Selangor telah memfailkan saman keatas kerajaan Selangor dan mahkamah telah memutuskan bahawa pihak kerajaan Selangor perlu membayar jumlah yang dituntut oleh persatuan tersebut.

Inilah dia janji pembangkang yang tidak akan ditepati sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional seperti sekarang.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

AKTIVIS OKU SEPATUTNYA DAH SEDAR LAMA

Aktivis Orang Kelainan Upaya sepatutnya sudah lama sedar bahawa kebajikan mereka tidak mampu diberikan oleh pakatan pembangkang.

Jika semasa zaman kebangkitan Keadilan dahulu, semasa zaman himpunan reformasi yang dijalankan oleh PKR dr Chandra Muzaffar juga terlibat sama.

Akhirnya beliau meninggalkan parti tersebut kerana beliau merasakan bahawa perjuangan parti Keadilan hanyalah untuk membalas dendam dan bukannya seperti yang dinyatakan iaitu membela rakyat tertamanya OKU.

Berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional yang selama ini memberikan segala bentuk bantuan untuk golongan kelainan upaya seperti bantuan sara hidup oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, mengadakan kursus kursus untuk golongan tersebut bagi menambah ilmu pengetahuan dan seterusnya memberikan bimbingan dalam bidang perniagaan.

Sudah ramai dikalangan orang kelainan upaya ini mendapat suntikan modal dan pengetahuan dari pihak kerajaan dalam usaha membantu mereka untuk meneruskan hidup masing masing mengikut keupayaan.

Namun segalanya terbukti didalam menifesto pakatan pembangkang yang hanya melafazkan janji dalam bentuk menifesto (yang tidak semestinya di tunaikan) mengikut kata pakatan pembangkang.

Tiada kebajikan secara menyeluruh untuk orang kelainan upaya jadi dimana kedudukan mereka ini nanti?

Adakah setelah pakatan pembangkang memerintah (sekiranya menang) mereka ini akan turun ke jalan raya untuk meminta minta bantuan atau sumbangan dari orang ramai.

Sangkakala pernah bertemu dengan seorang pemuda (buta) yang membuka khidmat urutan badan di sebuah kompleks perniagaan di ibu kota, beliau mengakui bahawa segala kepandaian beliau dalam bidang urutan adalah hasil dari inisiatif kerajaan yang menghantar beliau untuk mengikuti kursus berkenaan di negara China hinggalah beliau diberikan modal permulaan dan kini beliau mempunyai 2 pusat urutan badan serta mampu menggajikan hampir 20 orang orang buta untuk bekerja dibawah pusat urutan beliau.

Ini adalah satu kebajikan yang Sangkakala rasa amat bermakna daripada sebuah kerajaan yang mana pemuda tadi telah diberi peluang untuk berkhidmat disamping menjana pendapatan dan seterusnya memberikan peluang pekerjaan kepada orang lain.

Jika mengikut kata aktivis OKU Mohd Rosli Ibrahim, kekecewaan itu antaranya kerana kebajikan OKU tidak terdapat didalam menifesto pembangkang, ianya memang sudah diduga dan sudah pastinya jika ada sekalipun, ianya tidak akan ditunaikan kerana menifesto menurut pembangkang bukanlah satu janji.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Selasa, 26 Februari 2013

BERAT TUDUHAN NIK NAZMI TERHADAP BTN

Pengarah komunikasi PKR dalam forum anjuran Sinar Harian hari ini mengatakan bahawa kursus Biro Tata Negara menurutnya cuba menerapkan elemen kepartian dan menyemai rasa perkauman ke dalam pemikiran mahasiswa.

Beliau yang mengaku pernah menghadiri satu kursus BTN semasa di institusi pengajian tinggi mungkin tidak memahami secara mendalam kursus yang diberikan.

Setahu Sangkakala, BTN mengadakan kursus yang bersifat jati diri serta mengisafi diri, tidak mustahil semasa didalam kursus tersebut, Nik Nazmi menginsafi diri beliau dan ianya bersifat sementara.

Setelah digula gulakan dengan jawatan dan pangkat, akhirnya meletakkan beliau sebagai calon pilihanraya, maka Nik Nazmi tergamak untuk mengatakan begitu.

Inilah sifat sifat pemimpin pembangkang yang seolah olah kacang lupakan kulit, dengan mendapatkan ilmu di pusat pengajian tinggi yang dibina oleh kerajaan namun akhirnya cenderong menyokong pembangkang.

Ini juga Sangkakala anggap bukanlah sifat melayu sebenar, kerana sifat orang melayu itu lemah lembut dan mengenang budi.

Jika sikap ini yang disemai untuk genarasi akan datang, maka satu perubahan lanskap kehidupan orang Melayu akan terjadi, dimana budi dan jasa tidak lagi menjadi kenangan, dan ianya hanya bersifat tanggungjawab.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

ADAKAH BENAR SINAR HARIAN TELUS DAN TULUS ???

Sangkakala kerap kali baca akhbar Sinar Harian dan setiap kali membaca akhbar ini Sangkakala terfikir adakah benar bahawa Sinar Harian ini mengikut moto yang terpampang di atas akhbar tersebut?

Semakin hampir dengan pilihanraya, Sangkakala dapati semakin kuat politik didalam kahbar tersebut, mungkin kerana ianya adalah sebuah akhbar tabloid yang mencari pembaca.

Namun ada yang Sangkakala lihat bahawa Sinar kini lebih cenderong kearah mempromosikan pembangkang.

Tapi itu masih lagi tidak mengapa kerana sebagai akhbar biasa mereka tidak terikat untuk mengeluarkan berita atau artikel yang hanya menyokong kerajaan.

Hari ini Sangkakala terbaca pula satu artikel berkenaan dengan kawasan Parit Buntar, dan setelah Sangkakala membuat pertanyaan kepada beberapa orang, apa yang dikeluarkan didalam artikel tersebut langsung tidak menepati apa yang diperkatakan.

Adakah Sinar juga menjadi spinner kepada pembangkang? Dengan menunjukkan bahawa UMNO atau Barisan Nasional tidak bagus?

Satu lagi jika para pembaca buka Sinaronline, cuba para pembaca copy and paste satu pautan artikel ke laman facebook, sudah pasti apa yang di copy kan tadi tidak akan keluar, yang akan keluar ialah ceramah PAS.

Hebat permainan Sinar selama ini, dengan berselindung disebalik akhbar tabloid yang biasa, rupanya ada sesuatu disebaliknya.

Jadi Sangkakala menyeru kepada seluruh pembaca, tolak akhbar Sinar harian kerana kemunafikan akhbar tersebut yang menjadikan moto sebagai perisai pertahanan.








Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

ANWAR SAJA BUAT BODOH ATAU MEMANG HILANG INGATAN

Sangkakala terbaca dalam portal Malaysiakini yang mengatakan bahawa Anwar Ibrahim berkata dalam menifesto kerajaan Barisan Nasional tidak disebut siapa akan menjadi Perdana Menteri.

Yang Sangkakala hairankan bukan apa, beliau dulu pernah berada didalam UMNO dan Barisan Nasional, mustahil sangatlah beliau tidak tahu siapa yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional menang dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Kalau nak kata nyanyuk mustahil pulak sebab umur Anwar dengan Nik Aziz boleh dikatakan agak jauh juga.

Barisan Nasional tidak perlu meletakkan nama siapa bakal calon kerana sudah menjadi adat dan persefahaman didalam Barisan Nasional bahawa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri adalah dikalangan UMNO dan parti parti komponen mempunyai portfolio sebagai menteri kabinet.

Takkan perkara semudah itu Anwar boleh tak tau atau terlepas pandang?

Sangkakala macam rasa akan ada sesuatu sekiranya Pakatan Pembangkang memenangi pilihanraya ke 13, adakah Anwar akan menjawat jawatan tersebut sementara untuk menukar perlembagaan yang membolehkan seseorang menjadi presiden kerana kita sendiri telah sedia maklum bahawa selama ini pakatan pembangkang agak kurang senang dengan institusi Raja Raja Melayu.

Sangkakala memikirkan mungkin juga pakatan pembangkang bertindak untuk tidak menyetakan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya menakluki Malaysia seterusnya menjadi kerajaan adalah untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara republik seperti Indonesia atau Singapura atau negara negara republik yang lain.

Ini adalah sesuatu yang amat merbahaya kerana, sekiranya negara ini menjadi negara republik maka ketuanan Melayu juga akan dihapuskan, sistem beraja akan dimansuhkan dan kemungkinan juga agama Islam bukan lagi menjadi agama persekutuan kerana kita juga telah melihat semenjak dua menjak ini, isu keislaman itu selalu menjadi mainan pembangkang dan Sangkakala melihat perkara ini tidak akan tamat disini sahaja.

Ianya akan dibawa kehadapan sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihanraya, oleh itu, demi kesejahteraan dan kesinambungan agama Islam, kita perlu tolak pembangkang dalam pilihanraya yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MILOSUAM BLOGGER PROBN ASALNYA

Ini berita hangat, kata sorang rakan Sangkakala, blogger milosuam ni asalnya adalah blogger proBN, tapi oleh kerana beliau tidak menerima sebarang imbuhan maka beliau bertukar arah menyokong dan menulis blog menghentam UMNO/BN.

Ada kemungkinan juga tu sebab kalau kita lihat daripada pendapatan yang diperolehi oleh blogger milosuam bila bersama PR adalah amat lumayan, jadi takde la kata dia tak dapat apa apa dalam penulisan.

Nanti Sangkakala pujuk kawan Sangkakala tu untuk bagi tau apa nama blog dia masa menulis tentang keburukan pakatan pembangkang.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TERLEPAS PANDANG ATAU MEMANG TAK NAK BAGI

Kenyataan bahawa ada ralat didalam buku menifesto pembangkang yang dilancarkan semalam seharusnya menjadi bukti bahawa pembangkang membuat sesuatu keputusan secara melulu.

Cetakan buku menifesto tersebut tidak menulis bahawa akan memberi royalti kepada Kelantan dan Terengganu dan hanya tertuluis untuk Sabah dan Sarawak.

Masakan perkara sebegini boleh dikatakan terlepas pandang sedangkan pembangkang sendiri yang sentiasa melaungkan royalti minyak untuk Kelantan hingga mengadakan himpunan 'R' kononnya untuk menuntut royalti minyak bagi negeri tersebut dari kerajaan pusat.

Dengan tidak menamakan dua negeri tersebut ke dalam menifesto maka jelas terbukti bahawa pakatan pembangkang hanya memikirkan cara untuk memiliki kuasa ke Putrajaya dengan cuba mencari undi dari negeri Sabah dan Sarawak yang dilihat sebagai kubu kuat Barisan Nasional.

Ini juga adalah bukti sepertimana yang kita sedia maklum bahawa janji atau menifesto pakatan pembangkang tidak mungkin akan ditunaikan kerana bagi pakatan pembangkang, menifesto itu bukanlah sebuah janji dan ia tidak semestinya ditunaikan oleh kerajaan jika mereka memerintah.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

RATUSAN RAKYAT AKAN HILANG PEKERJAAN PADA TAHUN 2014

Dengan menifesto terbaru pakatan pembangkang yang mengatakan bahawa mereka akan melupuskan tol diseluruh negara sudah pasti menggembirakan hati rakyat.

Namun begitu kita perlu juga memikirkan nasib sesetengah anak anak muda yang bekerja sebagai jurutiket dan juruwang di setiap tol di tanah air.

Pakatan pembangkang hanya pandai untuk memberikan janji manis kepada rakyat tanpa mengira kesan buruk terhadap apa yang mereka katakan itu.

Seramai ratusan rakyat khususnya anak anak muda berkerja di syarikat lebuhraya dan yang paling ramai pula berkhidmat bersama syarikat lebuhraya utara selatan.

Jadi kemanakah anak anak muda ini atau pekerja pekerja ini mahu bergantung nasib setelah lebuhraya ini tidak dikenakan tol?

Selain itu juga, pembayaran tol adalah untuk memastikan bahawa penyelenggaran jalan atau lebuhraya ini adalah dari hasil kutipan tol berkenaan dan sekiranya pakatan pembangkang mengatakan mereka akan menghapuskan tol, maka sudah pasti kerajaan akan mengeluarkan satu perbelanjaan yang agak besar dalam membaiki jalanraya yang rosak.

Sekiranya kerajaan tidak mempunyai kewangan yang cuku untuk membaiki jalan jalan tersebut, sudah pasti jalan jalan ini akan mengalami masalah dan ini akan menyusahkan pengguna.

Berbalik kepada para pekerja tadi, mereka ini ada yang menyara keluarga dengan semata mata menggunakan pendapatan bekerja di syarikat syarikat konsesi lebuhraya berkenaan.

Dan tidak kurang juga ada dikalangan mereka menyara ibu ayah yang agak tua dengan menggunakan pendapatan tersebut.

Jadi kepada rakyat, janganlah kita gadaikan atau kita musnahkan pendapatan mereka hanya semata mata kerakusan pembangkang untuk mendapatkan kuasa ke Putrajaya.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Isnin, 25 Februari 2013

BLOGGER KUTUK PERDANA MENTERI

Sangkakala terbaca blog sorang blogger ni, nampaknya beliau sengaja nak mencari nahas dengan mengutuk perdana menteri.

Ikuti kutukan yang dibuat oleh blogger ni

http://bit.ly/ZuZYhZ



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SOALAN KEPADA MENIFESTO PR

1. PENDIDIKAN PERCUMA bermula pra persekolahan sehingga ke Menara Gading.

Soalan: Bagaimana di negeri Selangor, yuran untuk kemasukan ke UNISEL dan pembelajaran di IPT adakah percuma?

2. Kad ahli DAP, PKR dan PAS boleh digunapakai di mana-mana Plaza Tol di negara ini untuk mendapatkan TOL PERCUMA.

Soalan: Adakah ini dinamakan demokrasi kerana rakyat perlu menjadi ahli PKR DAP atau PAS baru layak menerima kemudahan sedangkan Barisan Nasional tidak pernah memaksa rakyat untuk berbuat demikian.

3. Pengecualian cukai import dan SUBSIDI 50% untuk setiap pembelian apa-apa jenis kereta baru.

Soalan: Bagaimana sekiranya lambakan kereta terpakai terjadi dan nilai kenderaan akan menjadi susut hingga pengguna terpaksa menanggung hutang lebihan kepada bank?

4. Bantuan perniagaan RM10,000 kepada setiap peniaga yang berdaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Soalan: Kenapa tidak ada seorang peniaga pun yang mendapat kemudahan sebegitu selama Pakatan memerintah di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia?

5. Imbuhan GURU sebanyak RM1,500 sebulan oleh kerajaan negeri PR atas sumbangan mendidik anak bangsa.

Soalan: Selama ini adakah guru ketinggalan dalam kenaikan gaji penjawat awam, dan sekiranya imbuhan guru guru ini sahaja dinaikkan bagaimana pula dengan kakitangan kerajaan yang lain?

6. CARUMAN NASIONAL kepada semua penjawat awam sebanyak RM500 sebulan sehingga pencen.

Soalan: Selama 4 tahun memerintah di Selangor, kenapa caruman ini tidak diperkenalkan?

7. INTENSIF PENJAGAAN ANAK RM400 setiap bulan bermula umur setahun sehingga 5 tahun.

Soalan: Di Selangor, kenapa anak anak yang dihantar ke pusat jagaan tidak diberi kemudahan sebegitu?

8. WIFI percuma dari Perlis hingga ke Sabah.

Soalan: Di Selangor, adakah wifi diberi sevara percuma di seluruh negeri tersebut?

9. RUMAH PERTAMA IBU TUNGGAL bernilai RM15,000 percuma kepada semua ibu tunggal berdaftar.

Soalan: Di Selangor, kenapa persatuan ibu tunggal menyaman pihak kerajaan yang dikatakan gagal melunaskan janji untuk memberi bantuan terhadap ibu ibu tunggal ini?

10. GAJI MINIMA RM800 kepada semua pekerja swasta.

Soalan: Di Selangor, berapa banyak syarikat swasta yang melaksanakan beyaran gaji sedemikian?

Para pembaca sekalian, jelas disini apa yang diperkatakan oleh pembangkang tentang menifesto mereka adalah tidak benar dan ternyata ianya adalah palsu semata mata.

Banyak yang dijanjikan dalam menifesto di Selangor, namun hingga kini masih belum ada satu pun yang di tunaikan.

Jadi adakah kita semua masih mahu memilih kerajaan daripada parti yang secara terang terangan menipu rakyat sebegini?

Hentikan mereka dengan cara pengundian, jangan sampai negara kita tergadai kerana mereka yang gilakan kuasa dan jawatan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

HAK MALAYSIA KATA APA NI ?

Ini adalah entri dalam blog sahabat Sangkakala.

Untuk maklumat lanjut sila layarai

http://bit.ly/XAHDho
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MALANG SEKALI WARGA EMAS JUGA DITIPU OLEH PAKATAN

Kerajaan Barisan Nasional telah menjanjikan untuk memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada golongan berpendapatan kurang RM 3000 sebulan sebanyak RM 500 tanpa mengira kaum, bangsa dan agama atau fahaman politik serta status sama ada mereka warga emas ataupun tidak.

Dan baru baru ini pula, kerajaan telah memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada golongan muda pula sebanyak RM 250 seorang bagi mereka yang berpendapatan kurang dari RM 2000 sebulan.

Dengan pemberian itu juga, kepimpinan PAS telah mengeluarkan kenyataan bahawa penerima bantuan tersebut serupa dengan ayam dan lembu dan presiden PAS pula mengatakan bahawa penerima BR1M adalah bodoh.

Tapi apa yang berlaku hari ini menunjukkan bahawa pembangkang menggunakan kaedah sama tetapi apa yang menghairankan ialah, mereka dilihat cuba menipu warga emas dengan mengatakan bahawa mereka akan diberi imbuhan sebanyak RM 1000 dan ini dilihat sebagai salah satu pembohongan dimana ianya telah pun terjadi di Selangor.

Jadi apakah menifesto pembangkang ini masih boleh dipercayai?








Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PAKATAN BERJANJI LAGI KEPADA WANITA

Dalam menifesto pakatan pembangkang yang dibentangkan hari ini, jelas mereka cuba sekali lagi untuk menipu kaum wanita.

Jika dalam menifesto PRU 12 di Selangor, pembangkang mengatakan bahawa mereka akan memberikan bantuan sara hidup kepada ibu ibu tunggal di negeri itu yang melihatkan akhirnya mereka disaman oleh persatuan ibu ibu tunggal dan dengan tidak semena mena, pembangkang mengatakan bahawa menifesto bukanlah satu janji.

Jadi kali ini pembangkang memberikan menifesto yang dilihat bukanlah sebuahg janji dan ianya tidak dimestikan untuk dilaksana atau dengan lebih tepat lagi dengan menggunakan budi bicara.

Jadi apa makna menifesto mereka ini?
Kalau ianya bukan sebuah janji, apakah erti menifesto pakatan pembangkang ini?

Kali ini pakatan pembangkang menggunakan kaedah caruman pula kepada suri rumah, ini adalah menifesto yang tidak semestinya di tunaikan kerana ianya bukanlah janji.

Jadi mari kita lihat, apa akan jadi sekiranya pembangkang menguasai kerajaan di Malaysia ini, sudah pastilah kejadian saman menyaman diantar rakyat dengan kerajaan yang pada akhirnya nanti akan melihat kepada kejatuhan ekonomi akibat dari ketidak masukkan para pelabur yang melihat bahawa negara ini tidak lagi selamat.

Kepada semua pembaca, Sangkakala harap janganlah kita gadaikan apa yang kita miliki hari ini dan apa yang kita perolehi pada masa ini.

Pelbagai insentif dan bantuan telah dihulurkan oleh kerajaan dalam memastikan kesejateraan serta kemakmuran rakyat.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

INGATKAN ANWAR SORANG RUPANYA ADA LAGI

Nak kata mesra sebagai kawan, ada kemungkinan juga, tapi takkan sampai peluk pinggang macam tu apek?

Cuba tengok betapa seronoknya Anwar apabila dipeluk macam tu oleh Lim Guan Eng, nampakkan?

Agaknya Guan Eng lupa siapa Anwar ni, atau pun beliau juga tergolong dalam kumpulan yang suka dipeluk oelh lelaki macam tu juga.

Apa apa pun Sangkakala ucapkan tahniah kepada Anwar kerana dah ada rakan sealiran dengan beliau dalam kehidupan penuh warna warni (rainbow) yang menjadi lambang kumpulan g*y.



psssttt..patut DAP nak Anwar jadi PM..hehehe



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

NASIB MALANG PAS ADA TIMB PRESIDEN BANGANG

Malang sekali PAS kerana memiliki seorang Timbalan Presiden bangang macam Mat Sabu.

Dengan mengatakan bahawa pakatan pembnagkang sudah mempunyai calon Perdana Menteri dan akan beluam tiba masanya untuk diumumkan adalah dilihat seperti lawak badut yang mampu membuat orang tersenyum dan ketawa.

Semua rakyat Malaysia mengetahui sekiranya Pakatan memengangi pilihanraya akan datang yang akan menjadi Perdana Menteri adalah Anwar dan ini berikutan sokongan yang diberikan oleh DAP selama ini.

Walaupun ada usul semasa muktamar PAS baru baru ini untuk meminta supaya Hadi Awang diletakkan sebagai calon Perdana Menteri dan lebih layak berbanding Anwar Ibrahim.

Namun adakah layak Hadi Awang menjadi Perdana Menteri, dengan amanat yang pernah dikeluarkan sehingga menjadi igauan ngeri beberapa keluarga yang kehilangan orang yang tersayang dan pelbagai lagi masalah berikutan amanat beliau.

Begitu juga dengan Anwar ibrahim, adakah beliau layak sebagai Perdana Menteri dengan skandal skandal liwat dan sebagainya yang pernah menjadi liputan luas diseluruh negara.

Begitu juga dengan pemimpin DAP yang secara perundangan mengikut perlembagaan negara yang memerlukan seorang Perdana Menteri itu seorang melayu islam.

Jadi kalau mengikut semua yang Sangkakala tulis diatas, tidak menampakkan seorang pun dari mereka yang layak untuk menerajui negara sebagai Perdana Menteri.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PAS PERLU BERANI BERTANGGUNG JAWAB

PAS perlu bertanggungjawab dengan kenyataan Mursyidul Am mereka mengatakan bahawa penerima BR1M sama seperti lembu dan ayam yang memakan jerami padi serta hampas kelapa.

PAS diminta oleh Timbalan Perdana Menteri supaya mengeluarkan fatwa baru bahawa menerima BR1M juga adalah haram, seperti kenyataan beliau kepada BERNAMA.

Bagi Sangkakala, ada benarnya juga dengan apa yang dikatakan oleh TPM memandangkan mereka (PAS) yang mengeluarkan kenyataan dan mereka perlu bertanggungjawab dengan apa yang mereka perkatakan sebelum ini.

Penerima BR1M bukan sahaja dari kalangan orang orang UMNO malah ianya juga diterima oleh ahli PAS dan beberapa bekas ADUN PAS juga dikatakan menjadi penerima skim bantuan kerajaan tersebut.

Jadi dalam perkara ini Hadi awang perlu mengeluarkan fatwa atau apa juga sekalipun kenyataan sama ada menyokong kenyataan Nik Aziz atau sebaliknya.

Dan kepada ahli ahli PAS yang menerima BR1M, mereka juga perlu menuntut penjelasan dimana kedudukan mereka selaku penerima BR1M, sama ada mereka ini tergolong didalam golongan seperti yang dikatakan oleh Nik Aziz atau pun bukan seperti yang diminta oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Puad Zarkashi.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@rafiziramli JANGAN TERLALU BODOH

Dalam portal MalaysiaKini semalam ada artikel yang bertajuk 'Parti komponen BN didakwa tak lebih dari pengemis' yang ditulis oleh pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli.

Rafizi menulis artikel tersebut dengan merujuk kepada kononnya terjadi pertelingkahan terbuka diantara Datuk Seri Chua Soi Lek serta Datuk Seri Ong Tee Keat.

Beliau juga mengatakan bahawa parti komponen Barisan Nasional kini tidak lagi berkuasa menentukan calon mereka kerana telah diambil alih oleh YAB Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional Malaysia.

Apa yang Sangkakala nampak dan lihat, Rafizi mungkin boleh Sangkakala masukkan didalam golongan orang yang tidak mempunyai akal dan pemikiran yang cukup, kerana apa? Kerana cara beliau berfikir tidak menunjukkan bahawa beliau adalah pemikir strategi kerana strategi yang beliau gunakan tidak memberikan kesan.

Untuk makluman saudara Rafizi, apabila dinamakan sebagai Pengerusi komponen Barisan Nasional, maka adalah menjadi kelebihan untuk Perdana Menteri memilih calon dan perkara ini telah lama berlaku didalam Barisan Nasional, bukan hanya di zaman YAB Datuk Seri Najib sahaja, malah sebelum sebelum ini situasi sama digunapakai.

Tetapi itu tidak bermakna pengerusi atau presiden parti komponen tidak diberi peluang untuk memberikan nama nama bakal calonbagi mewakili parti mereka.

Jadi dakwaan dengan mengatakan bahawa parti komponen BN seperti itu adalah tidak berasas kerana parti komponen BN sepertimana Sangkakala katakan tadi, mempunyai Pengerusi Barisan Nasional.

Tidak pula seperti Pakatan Pembangkang yang sehingga kini tidak menetapkan siapa yang menjawat jawatan pengerusi bagi mewakili tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP, kerana setahu Sangkakala Datuk Seri Anwar adalah ketua pembangkang dan bukannya ketua kepada ketiga tiga parti tersebut.

Adakah kerana ketiga tiga ketua parti parti pembangkang ini mempunyai kata sepakat dalam menentukan siapa sebagai ketua?

Kita dapat melihat senario politik pembangkang di negeri Johor yang mana kita dapat melihat pertelingkahan yang terjadi diantara pengerusi PKR Johor dengan pengerusi DAP Johor hingga membuatkan Karpal Singh tampil menempelak Chua Jui Ming selaku pengerusi PKR Johor diikuti pula dengan kenyataan Dr Wan Azizah menyokong Chua.

Ini adalah pertelingkahan kerana ketiga tiga parti ini hanya bergabung tetapi tidak bersatu serta tidak mendapat kata sepakat dalam mengurus tadbir ketiga tiga parti mereka.

Jadi kepada Rafizi, Sangkakala nasihatkan supaya perbetulkan pakatan pembangkang terlebih dahulu daripada cuba membetulkan parti yang semua orang sedia maklum mempunyai sikap toleransi yang tinggi didalam parti.

Lagi satu Sangkakal nak pesan, janganlah menampakkan diri anda terlalu bodoh Rafizi, kerana selaku seorang yang mempunyai jawatan yang agak penting, tidak sepatutnya anda mempunyai fikiran yang terlalu singkat dalam mengatakan sesuatu perkara.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

ANAK FADZIL NOOR LEBIH BIJAK DARI PRESIDEN PAS

Kali ini mungkin anak kepada bekas Presiden PAS, Allahyarham Fadzil Noor akan menerima nasib sepertimana yang pernah berlaku kepada pemimpin pemimpin PAS yang dikatakan tidak mengikut rentak kepimpinan parti itu.

Sangkakala menyatakan keadaan ini bakal berlaku apabila Ahmad Fauwaz Fadzil cuba meniupkan api kerjasama diantara PAS dan UMNO demi kebangkitan dan kesejahteraan Melayu dan Islam.

Beliau juga menyeru supaya organ PAS dan Barisan Nasional bersama sama dalam memantapkan kerjasama antara dua parti berkenaan.

Masalahnya adakah kepimpinan PAS akan bersetuju dan merasa gembira dengan saranan beliau atau ianya akan dianggap sebagai sampah?

Perkara ini juga pernah dibangkitkan oleh beberapa pemimpin PAS namun mereka kecundang ditangan tangan hitam yang kini dilihat menguasai PAS.

Apa apa pun Sangkakala ucapkan tahniah kepada anak kepada Allahyarham dan amat berharap agar apa yang disarankan oleh beliau akan menjadi kenyataan dan Sangkakala harap agar Yang Dipertua PAS negeri Perak supaya tidak menghalang perkara ini dari berlaku sepertimana sebelum ini.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ahad, 24 Februari 2013

RUMAH MB PERAK @ZambryAbdKadir DISERANG @Khairykj @NajibRazak @azwanbro @promelayu @tunfaisal

Kediaman rasmi Menteri Besar Perak hari ini diserang oleh sejumlah lebih 8000 orang yang menjadi jentera pilihanraya Barisan Nasional negeri Perak.

Situasi ini sudah pastinya menjadi kegusaran kepada pihak pembangkang dalam negeri Perak.

Dalam ucapan aluan Menteri Besar, beliau amat berbangga dengan kehadiran diluar jangka pada malam ini.

Beliau mengharapkan agar jentera ini akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir demi mempertahankan negeri Perak dan Malaysia agar tidak jatuh ke tangan pembangkang.

Dalam sidang akhbar Saudara Khairy pula beliau mengatakan bahawa ini adalah negeri yang ke 8 dalam sesi lawatan beliau dan beliau mengharapkan agar kemenangan kepada negri perak dalam pru13 nanti.

Beliau juga telah memberi laporan kepada Perdana Menteri bahawa jentera pemuda diseluruh tanah air sudah bersedia secara keseluruhan.

Beliau berharap agar orang muda tidak termakan dengan dakyah pembangkang dan esok pembangkang akan mengeluarkan menifesto mereka.

Sambutan oleh pemuda adalah begitu baik dan banyak sebab dan salah satu sebab ialah banyak yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri untuk orang muda.

Beliau juga berkata walaupun beliau bukan dari negeri perak, namun beliau pernah berkhidmat dibawak kepimpinan YAB Datuk Seri Zambry Abd Kadir semasa beliau menjadi EXCO Pemuda UMNO Malaysia dulu, dan sepanjang itu juga beliau amat mengenali YAB Menteri Besar yang mana pada pendapat beliau Menteri Besar Perak adalah seorang yang bertanggungjawab serta berdedikasi dalam melaksanakan tugas membela nasib rakyat khususnya pemuda.

Dengan itu, pembang sudah tiada harapan lagi dalam negeri Perak, kepercayaan rakyat khususnya orang muda kepada mereka sudah luput kerana janji janji yang diberikan tidak ditunai sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LAWATAN @Khairykj KE KUALA KANGSAR @NajibRazak @ZambryAbdKadir @azwanbro @promelayu @tunfaisal

Kawasan terakhir dalam sessi lawatan kerja Ketua Pemuda UMNO Malaysia hari ini di Kuala Kangsar.

Turut hadir bersama sama dengan saudara Khairy Jamaluddin ialah Ketua Pemuda UMNO Perak, Ketua Pemuda UMNO bahagian dan beberapa kepimpinan UMNO Bahagian serta hampir 3000 orang muda di Kuala Kangsar.

Dalam ucapan Ketua Pemuda Bahagian, beliau mengucapkan tahniah kepada semua yang hadir terutamanya Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan beliau yakin bahawa dengan semangat gelombang biru pada hari ini akan memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional di kawasan parlimen Kuala Kangsar.

Ucapan daripada ADUN Bukit Chandan pula mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Khairy kerana sudi datang ke Kuala Kangsar dan beliau juga mengucapkan terima kasih serta tahniah kepada YB Khairy yang nenperjuangkan nasib orang muda.

Ucapan perasmian oleh YB Khairy berkisar tentang pemberian BR1M untuk orang muda dan ini adalah transformasi yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri.

Ujar beliau, ini adalah bukti bahawa kerajaan dibawah kepimpinan Perdana Menteri amat prihatin terhadap orang muda.

Ini juga menunjukkan bahawa kerajaan pada hari ini sudah mampu untuk berkongsi keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan bersama sama dengan rakyat.

Di akhir majlis himpunan, penyampaian BR1M talah disempurnakan dan ianya disampaikan sendiri oleh YB Khairy Jamaluddin sendiri.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MAJLIS PERASMIAN BN PILIHAN ORANG MUDA @Khairykj @azwanbro @NajibRazak @tunfaisal @promelayu @ZambryAbdKadir

Majlis perasmian BN pilihan orang muda peringkat Parlimen Beruas pada petang ini telah disempurnakan oleh YB Khairy Jamaluddin sempena lawatan kerja beliau ke negeri Perak.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Saudara Azwan (ketua pemuda perak), Datuk Hamdi (ADUN Pengkalan Baru), Datuk Manaf Hashim Ketua UMNO Bahagian, Datuk Chan Ko Yun Pengerusi BN Beruas dan beberapa dif kehormat serta pemimpin masyarakat.

Lebih dari 2000 orang telah hadir ke majlis perasmian tersebut, dan ini adalah bukti bahawa akan ada perubahan di kawasan parlimen Beruas.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Razak Ismail dan seterusnya nyanyian lagu negaraku dan lagu Barisan Nasional.

Ucapan alu aluan yang diucapkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian pada awalnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan seterusnya kepada seluruh hadirin yang hadir pada hari ini.

Beliau mengatakan bahawa dibawah kepimpinan YB Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah banyak kebajikan khusunya untuk para pemuda pada hari ini.

Dalam ucapan perasmian YB Khairy beliau dengan begitu bersemangat memohon supaya parlimen Beruas ini dapat dirampas kembali.

Beliau mengatakan bahawa transformasi yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri sudah pasti akan mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat.

Beliau juga berkata bahawa, keperihatinan kerajaan hari ini yang mendengar rintihan pemuda seperti masalah memiliki lesen memandu B2 tunggal, kerajaan telah memberikan Bantuan Lesen 1Malaysia kepada mereka yang masih belum memiliki lesen dengan harga yang cukup minima.

Tidak seperti pembangkang yang hanya membawa pemuda untuk berdemonstrasi seperti keadaan yang berlaku di Kuala lumpur tidak berapa lama dahulu.

Beliau menyeru kepada semua pemuda parlimen Beruas untuk menolak pembangkang pada pilihanraya umum yang akan datang.

Dengan pemberian BR1M kepada orang orang muda adalah bukti dimana kerajaan pada hari ini mendengar rintihan orang muda yang juga merasakan mempunyai hak untuk mendapat bantuan tersebut.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan daripada pemimpin pembangkang yang mengatakan bahawa BR1M adalah seumpama hampas kelapa dan jerami padi untuk diberikan kepada lembu dan ayam.

Hari ini pula beliau mengatakan bahawa ada lagi pemimpin pembangkang mengatakan bahawa penerima BR1M adalah bodoh.

Kerajaan tidak pernah bertanya siapa yang kamu pilih atau siapa yang kamu sokong dalam pemberian BR1M kepada rakyat dan orang muda.

Beliau mengatakan juga bahawa, bagi orang Islam haram untuk mengundi wakil rakyat Beruas kerana beliau telah menyokong sebuah filem didalam youtube yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Beliau juga mengatakan bahawa wakil rakyat Beruas iaitu Ngeh Koo Ham yang dan sepupu beliau tidak pernah membela nasib rakyat.

Beliau berkata, sekiranya janji pakatan itu masin dan sedap didengar, cuba dengar apa kata orang atau rakyat Selangor, tidak ada janji yang ditepati di negeri tersebut.

Pelbagai janji diberikan pada tahun 2008 yang mana semua janji tersebut dikhianati oleh pihak pembangkang.

Beliau akhirnya memohon supaya kerajaan ioni dikekalkan di PutraJaya pada Pilihanraya akan datang.

Majlis disudahi dengan pemberian BR1M yang diwakilkan kepada ketua ketua kampung, seterusnya pemberian bantuan baik pulih perumahan nelayan seramai 103 orang, penyerahan cek peruntukan bilik gerakan pemuda dan penyampaian kotak bantuan makanan oleh Yayasan Bina Upaya.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BR1M UNTUK ORANG MUDA TANDA JANJI BN DITEPATI

Pemberian BR1M untuk orang muda di kawasan parlimen Lumut pada tengah hari ini disempurnakan oleh YB Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Majlis yang dihadiri hampir 2000 orang orang muda telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional mengambil berat tentang kebajikan orang orang muda (bujang)

Majlis dimulakan dengan ucapan ketua pemuda Lumut Mohd Shahril bin Yahya yang mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan terutamanya YAB Perdana Menteri diatas pemberian bantuan rakyat 1Malaysia untuk orang muda.

Beliau mengatakan juga bahawa ini adalah komitmen kepimpinan Barisan Nasional.

Ucapan seterusnya disampaikan oleh Ketua Pemuda UMNO Perak, saudara Azwan mengucapkan tahniah kepada kepimpinan pemuda bahagian Lumut dan pasukan gerak gempur pemuda UMNO Bahagian Lumut.

Dalam ucapan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pula berkisar kepada ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri diatas sokongan kerajaan dalam memberi bantuan terus kepada rakyat terutamanya untuk orang muda atau bujang.

BR1M yang pertama hanya diberi kepada warga yang sudah berkahwin dan atas inisisatif pergerakan pemuda UMNO dan Barisan Nasional yang memohon kepada Perdana Menteri uberikan bantuan sama kepada warga muda (bujang).

Alhamdulillah dengan rasa tanggungjawab dan penuh dedikasi, maka Perdana Menteri telah meluluskan pemberian BR1M untuk orang muda sebanyak RM 250 seorang yang melibatkan perbelanjaan yang begitu besar dalam memberi keselesaan kepada warga muda dan rakyat Malaysia.

Beliau berkata bahawa tidak mustahil sekiranya kerajaan diberi mandat menerajui negara pada Pilihanraya Umum akan datang, insyaallah mungkin bantuan ini akan dinaikkan seperti kata YAB Timbalan Perdana Menteri tidak lama dahulu.

Kerajaan telah membelanjakan wang lebih dari RM 20 billion setahun dalam memberikan subsidi kepada rakyat dan semua ini tidak nampak kerana ianya tidak diberikan secara terus ke tangan kita.

Ini adalah transformasi ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan, dan apabila kadar ekonomi naik kepada 6% ini adalah satu kejayaan kerajaan dan apabila kerajaan memperolehi keuntungan lebih daripada RM 150 billion maka kerajaan memberikan semula keuntungan ini kepada rakyat dengan pemberian BR1M, BP1M, BT1M dan pelbagai bantuan lagi.

Tidak akan ada pelabur yang berani untuk melabur kedalam mana mana negara sekiranya setiap bulan diadakan demonstrasi, ini telah terjadi dibeberapa buah negara, ujar beliau.

Beliau berpesan supaya semua yang hadir dan yang berada diluar sana untuk mempercayai janji yang dilakukan oleh Barisan Nasional kerana janji kerajaan ini akan sentiasa ditepati, hari ini sudah terbukti bahawa janji kerajaan ditepati dengan pemberian BR1M untuk orang muda.

Tidak seperti janji pembangkang di eberapa buah negeri yang dikuasai oleh mereka, yang mana pelbagai janji telah diberikan namun tidak ada satupun janji janji itu yang ditepati, dan sebagai bukti, kerajaan Selangor telah menerima pelbagai samandari rakyat yang merasakan bahawa mereka dikhianati.

Akhir kata beliau sekali lagi mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam majlis ini dan beliau berjanji bahawa beliau akan tetap akan mempertahankan hak orang muda.

Seterusnya adalah majlis pemberian BR1M kepada orang muda yang disampaikan oleh YB Khairy sendiri diiringi oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan Ketua Pemuda Perak.

Bantuan perumahan juga disampai oleh saudara Khairy sendiri.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sabtu, 23 Februari 2013

KENA FAHAM MAKSUD DIKUASAI OLEH BLOGGER

Sangkakala saja je lah malam ni nak keluarkan artikel, sebab dah gatal tangan nak menulis.

Bukan apa, kena fahami maksud DiKuasai Oleh Blogger (tengok bawah sekali artikel ni).

Kan disitu ada tertulis DiKuasai Oleh Blogger, jadi disitu kena fahami betul betul apa maksudnya.

Masih tertanya tanya?

Sangkakala nak bagi tau kat sini, kalau dibawah sana juga dah tertulis sebegitu, maksudnya kuasa blogger ni besar, dan janganlah dipandang ringan atau diperkecil kecilkan.

Sangkakala bukan apa, nampak sekarang blogger atau penggiat media hari ini seolah olah diketepikan dan di pinggirkan.

Agak terkilan bukan? Walaupun bukan semua tetapi apa yang Sangkakala maksudkan ialah blogger blogger yang benar benar berjuang untuk mempertahankan kerajaan yang ada sekarang ini.

Mereka ni berjuang tanpa memikirkan risiko yang bakal mereka terima seperti ugutan, saman dan sebagainya dari pihak yang mereka serang, dan keadaan ini dilihat amat mendukacitakan.

Beberapa orang rakan blogger Sangkakala sendiri sedang berhadapan dengan saman oleh pihak pembangkang, siapa yang pertahankan mereka pula? Adakah pihak yang dipertahankan itu mengambil berat tentang kebajikan mereka ini?

Kepada kepimpinan kerajaan, Sangkakala cuma harapkan satu perkara, tengok tengoklah pejuang kerdil ini sama, janganlah dilupakan nyamuk jika sudah ada kelambu.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

HADI KATA PEMBANGKANG BEBAS RASUAH ?

Biar betul sikit Datuk Seri, jangan cepat sangat buat kenyataan bebas rasuah tu, takut nanti terkena muka sendiri, takkan dah lupa kot dengan gambar ni.

Tapi bagi puak puak PAS apa yang diberi oleh Nik Aziz tu adalah zakat walaupun ianya telah terbukti secara bergambar begitu.

Satu lagi isu lori sampah di Selangor, takkan itu pun Hadi Awang dah lupa agaknya.

Jadi jangan cepat sangat mengatakan bahawa pembangkang bebas rasuah kerana telah terbukti di negeri negeri pembangkang terjadinya kes rasuah.

Itu belum lagi termasuk dengan konsesi pasir di Selangor dan kalau beliau terlalu yakin, kenapa bila diminta untuk hantar nama ke SPRM pembangkang tidak mahu melakukannya?






MAKIN BERANI SI PENJUAL KARPET

Deepak Jaikishan yang telah menuduh Perdana Menteri dikatakan telah menghatar notis saman kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau memfailkan saman tersebut atas alasan Datuk Seri Najib telah memfitnah beliau dengan mengatakan bahawa beliau (deepak) tidak boleh dipercayai.

Adakah tindakan Deepak tersebut semata mata mahu rakyat Malaysia mempercayai beliau dan kerana beliau kini dilihat sudah tidak mempunyai kekuatan lagi dalam usaha untuk menjatuhkan Perdana Mneteri dengan fitnah yang bukan bukan.

Deepak dikatakan mempunyai hutang bernilai jutaan ringgit dan untuk melunaskan hutang tersebut beliau telah menjual sebidang tanah kepada Boustead dan hutang beliau masih lagi tertunggak.

Setelah begitu lama, baru kini beliau tampil kehadapan dengan mengatakan itu dan ini kerana nilai tanah tersebut sudah melambung tinggi dan beliau juga berkata bahawa beliau sanggup untuk menebus kembali tanah tersebut mengikut harga semasa beliau menjualnya.

Darimana Deepak mahu mendapatkan wang sebanyak itu? Adakah beliau bercadang untuk menjual semula tanah tersebut kepada pihak pihak tertentu yang berminat dengan hartanah tersebut yang kini dilihat berpotensi tinggi?

Itu pernah diucapkan oleh Deepak satu masa dulu dimana beliau mengatakan bahawa beliau boleh menjual tanah tersebut dengan harga yang jauh lebih tinggi dan beliau juga mendakwa bahawa beliau masih mempunyai wang lebihan sekiranya menjual tanah tersebut kepada pihak lain dan wang lebihan itu boleh membawa beberapa orang untuk bercuti ke Maldives.

Cukup mudah Deepak menyelesaikan masalah, semasa syarikat dirundung hutang, jual aset yang ada, bila aset tersebut bertambah nilai, ambil semula dan dijual kepada pihak lain.

Kenapa Deepak tidak menawarkan pembelian tanah tersebut dengan nilai pasaran semasa? Untuk mencari untung lebih?

Sangkakala amat yakin bahawa Deepak akan menerima nasib malang apabila segala kegiatan beliau untuk menipu kerajaan dan rakyat terbongkar.

Itu juga mengapa beliau meminta bantuan supaya beliau diletakan didalam kawalan orang yang membuka rahsia, tapi adakah itu akan berlaku? atau adakah Deepak sudah merasakan dirinya tidak lagi selamat kerana benteng pertahanan beliau dilihat tidak lagi kukuh tambahan pula ketua pembangkang sendiri tidak menyatakan sokongan dengan apa yang beliau lakukan.

Tapi Sangkakala berpendapat, segala apa yang dilakukan oleh Deepak mesti ada dalang disebaliknya dan kerana itu jugalah beliau dilihat amat berani dan lantang bersuara.





NIK AZIZ AMALKAN GAYA HIDUP IBLIS

Berat tuduhan ni, sampai ada yang kata sampai macam tu Sangkakala sendiri tak berani nak kata apa apa, sebab Sangkakala bukan la ahli dalam mengkaji gaya hidup, namun itulah yang dikatakan oleh Profesor Dr Nasoha.

Ikuti Video dibawah

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO
Dah tengok video tu kan? Jadi sama samalah kita menilai siapa Nik Aziz dan apa pula itu PAS yang menjadi pegangan kepada para pengikut jumud parti tersebut.


PAKATAN KANTOI LAGI

Isu Nik Aziz mengatakan bahawa penerima BR1M seumpama ayam dan lembu hangat diperkatakan dan ianya menjadi satu kritikan oleh semua lapisan masyarakat dan apa yang penting ialah ianya amat menyedihkan bagi para penerima yang rata rata adalah mereka yang berpendapatan rendah bawah RM 3000.

Setelah menyedari keterlanjuran ucapan tersebut, para cybertrooper proPR telah memainkan isu dengan mengatakan bahawa kenyataan Nik Aziz tersebut telah dimanipulasi oleh media yang dikatakan dikuasai oleh Barisan Nasional.

Namun ketentuan Tuhan tidak mampu dielak oleh manusia apatah lagi ianya melibatkan kejujuran serta keikhlasan, selama ini kenyataan tersebut hanya dikeluarkan didalam media cetak tanpa bukti bergambar dan bersuara, dan kali ini pembangkang khususnya PAS harus berdepan dengan bukti ini yang jelas menunjukkan apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz terhadap perima BR1M.

Ikuti video dibawah

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO
Adakah dengan video itu Nik Aziz akan kata besi tak boleh jadi bukti sekali lagi sepertimana yang beliau pernah katakan semasa isu Anwar Ibrahim dengan chinadoll dulu?

Jadi disini, pembaca boleh menilai, betapa celuparnya mulut Nik Aziz yang dianggap ulama oleh para pengikut PAS yang juga sama sama ada menerima BR1M.

Tak sangka, walaupun dilihat begitu warak dan beragama, Nik Aziz sanggup menyamakan manusia dengan haiwan.




KRITIKAN DEMI KRITIKAN DALAM PAKATAN

Ahli JawatanKuasa DAP Kedah telah mengeluarkan kritikan secara terbuka terhadap PKR dengan mengatakan bahawa parti itu perlu bertanding 75 kerusi bagi membolehkan parti tersebut menjadi tulang belakang kepada pakatan pembangkang sekiranya memenangi pilihanraya akan datang.

S.Neelamekan berkata bahawa DAP mampu untuk membawa kemenangan kepada pakatan pembangkang.

Bagi Sangkakala, permintaan S.Neelamekan itu tidak lebih daripada cuba untuk memberikan lebih kemenangan kepada bukan Melayu memandangkan PKR juga akan meletakkan calon pilihanraya dari kalangan bukan Melayu dan jika dicampurkan dengan calon dari DAP maka majoriti kemenangan adalah milik mereka.

Ini sama juga dengan kejadian yang berlaku di Perak selama 11 bulan selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

Apabila kerusi Melayu dikecilkan maka suara untuk menentang akan menjadi kurang sekiranya ada permintaan dari wakil rakyat bukan Melayu dan jika kejadian ini berlaku maka suara orang Melayu akn tenggelam dan membolehkan orang bukan Melayu melakukan apa sahaja.

Berbeza dengan UMNO didalam Barisan Nasional, kerusi yang dipertandingkan untuk orang Melayu adalah lebih dari bukan Melayu dan ini membolehkan setiap keputusan dibuat demi kepentingan orang Melayu disampin menjaga sama kepentingan orang bukan Melayu.

Dan dengan berlakunya situasi tersebut, maka semua kaum dan bangsa di Malaysia mendapat hak yang sama rata walaupun sedikit kelebihan diberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

AMARAN KEPADA PAKATAN PEMBANGKANG

Perarakan tahunan Chingay di Johor -  yang telah diisytiharkan sebagai warisan budaya negara tahun lalu - telah mencetuskan perdebatan hangat kerana pesertanya dilarang memakai baju-T BERSIH dan anti-Lynas dalam perarakan tahun ini.

Dalam perarakan seperti ini sepatutnya mereka yang terlibat didalam segala tuntutan yang didalangi oleh pakatan pembangkang seharusnya mengambil pendekatan supaya tidak disalah ert dan disalah gunakan.

Jelas disini bahawa pakatan pembangkang tidak memehami sesitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama yang mana masyarakat kita di Malaysia amat menghormati antara satu sama lain.

Jika perarakan seperti ini digunakan untuk kepentingan politik, ianya tidak menampakkan sikap profesional dalam berpolitik oleh pembangkang.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jumaat, 22 Februari 2013

LAGI HINAAN PAKATAN TERHADAP ANGGOTA TENTERA

Tak habis habis pembangkang mengeluarkan fitnah terhadap kerajaan, kali ini terhadap anggota tentera pula yang dikatakan leka bermain judi di Lahad Datu dan seterusnya membiarkan kemasukan 150 orang tentera dari Sulu ke kawasan berkenaan.

Cuba lihat betul betul gambar diatas, gambar kad diatas meja salah seoarang anggota tentera tersebut jelas menunjukkan bahawa ianya adalah gambar yang diedit kerana kad tersebut berada diluar kawasan meja berkenaan.

Ini jelas menunjukkan bahawa pembangkang sengaja untuk menunjukkan satu imej buruk anggota tentera sedangkan mereka ini setiap hari bergadaai nyawa untuk mempertahankan tanaah air.

Untuk butiran lanjut sila <klik>

Sangkakala melihat bahawa perkaraa ini dibuat seolah olah pembangkang langsung tidak taahu berterima kasih kepada angkataan tentera Malaysia.

Walau apa pun, Sangkakala tetap menyokong pasukan tentera Malaysia yaang banyak menyumbangkan jasa dan budi terhadap rakyat serta tanah air.




PENGALAMAN BEKAS KETUA PEMUDA AMK PERAK

kerana terlalu taksub dengan pembangkang, maka saudara faizal menyertai PAS walaupun sebelum itu beliau adalah orang UMNO.

Dan setelah sedar bahawa perjuangan pembangkang ini tidak membawa kemana mana arah kebaikan maka beliau menyertai semula UMNO setelah keluar dari PKR.

Itulah yang diperjuangkan oleh Pembangkang, selalu menyesatkan para pengikut dan bagi yang telah sedar alhamdulillah, namun bagi yang masih belum, pintu masih terbuka luas untuk anda melakukan perubahan.



APA PASAL TUN FAISAL MARAH MARAH NI

Sangkakala terbaca dalam blog Tun Faisal tengah hari tadi, macam ada rasa terkilan sikit nampaknya Tun Faisal dengan kepimpinan Barisan Nasional.

Mengikut apa yang beliau tuliskan dalam artikel tersebut, jelas menunjukkan bahawa ada pemimpin Barisan Nasional yang mengatakan bahawa blogger dan cybertrooper proBN tidak mengikut koordinasi.

Baca sini untuk maklumat lanjut
http://bit.ly/ZmLelm

Disini Sangkakala nak nasihatkan Tun Faisal, tak perlu marah marah bro, kalau mereka rasa mereka tak perlukan bolgger dan cybertrooper pun jangan kita marah sebab kita nak bagi Barisan Nasional menang.

Pemimpin seperti mereka datang dan pergi namun parti akan kekal disitu dan kita akan pastikan bahawa Barisan Nasional menang dalam pilihanraya umum akan datang.

Bercerita balik kepada koordinasi yang dimaksudkan oleh mereka, Sangkakala rasa mereka ini hanyalah nak tunjuk mereka adalah hebat, sedangkan mereka kena dan perlu tahu bahawa blogger tidak mempunyai pandangan yang sama dalam satu satu isu.

Serangan yang dilakukan di satu satu kawasan tidak memerlukan koordinasi daripada mana mana pihak dan Sangkakala nampak blogger blogger dan cybertrooper proBN sekarang lebih konsisten dalam penulisan dan serangan terhadap pembangkang.

Tapi kalau mengikut daripada penulisan Tun Faisal, Sangkakala dapat merasakan bahawa pemimpin yang memperlekehkan blogger dan cybertrooper ini sebenarnya adalah orang orang atau pemimpin yang gagal merealisasikan apa yang pernah diucapkan oleh Perdana Menteri semasa konvension media sosial pada 20 November 2011 yang mana Perdana Menteri mengatakan bahawa penggiat media proBN ini adalah jentera barisan hadapan dan sudah tentulah ada yang cuba untuk menjadi panglima perang.

Jadi kepada pemimpin pemimpin tersebut, Sangkakala cuma nak ingatkan satu perkara, kami para bloggers bukan berjuang untuk anda semua, tapi kami berjuang untuk parti dan seperti yang Sangkakala katakan tadi, pemimpin datang dan pergi namun parti akan kekal disitu dan kerana itu jugalah kami berjuang untuk memenangkan parti.


psstt..jangan nanti ada lak yang claim kata blooger ni orang pemimpin itu dan ini, dapat penyakit nanti..



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PERANGAI SEBENAR ANWAR IBRAHIM

Mari kita tonton semula perangai Anwar Ibrahim yang dikatakan sebagai anugerah oleh Wan Azizah.

Tidak pula diketahui anugerah bagaimana yang dimaksudkan oleh Wan Azizah terhadap Anwar.

Saksikan video dibawah.

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO


MEMANG MUNAFIK MANUSIA KETUA PEMBANGKANG DI MALAYSIA NI

Jom kita saksikan betapa munafiknya manusia yang bernama Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang di Malaysia sekarang ini.

Hanya semata mata kerana kuasa politik serta jawatan maka beliau sanggup menukarkan segala kenyataan beliau dulu dan kini.

Saksikan video dibawah.


KERANA ANWAR NEGARA ISLAM PAS HILANG

Dulu heboh dengan negara Islamnya, kini dengan negara berkebajikannya, apa pula selepas ini yang hendak diperjuangkan oleh PAS?

Kenyataan Anwar Ibrahim didalam video dibawah jelas menunjukkan bahawa PAS hari ini terpaksa akur dengan apa yang dikehendaki oleh Anwar termasuklah tidak mewujudkan negara Islam.

Saksikan video dibawah.

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO

Inilah punca kenapa PAS hari ini tidak lagi melaungkan negara Islam atau membangun bersama Islam kerana apa? Kerana dengan kehendak Anwar maka ianya telah dilupakan.

PAS tidak mempunyai keyakinan serta pendirian sebenar dalam memperjuangkan Islam di negara ini, jadi parti sebegini memang tidak layak untuk menjadi kerajaan atau sebahagian dari kerajaan di Malaysia.



SEJAK DARI TAHUN 2008 PEMBANGKANG PERTIKAI KALIMAH ALLAH



Seajk dari tahun 2008 lagi kalimah Allah telah dipermain mainkan oleh pembangkang, masihkah anda ingat dengan kenyatan Irene Fernandez yang mempertikaikan kalimah Allah dan terjemahan bible dalam bahawa Melayu.

Saksikan video dibawah apa yang dikatakan oleh Irene dalam satu majlis makan malam

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO
Kenyataan Irene ini tidak langsung mendapat apa apa bantahan dari pemimpin pembangkang khususnya PAS.

Bukan itu sahaja, baru baru ini pula kalimah Allah ini sekali lagi menjadi pertikaian dan ianya mendapat sokongan pula dari pemimpin PAS.

Adakah ini yang kita mahukan? Agama Islam akan terus menjadi hinaan sekiranya mereka ini menjadi pemerintah dan perkara ini harus kita semua kekang agar tidak ianya tidak melarat.



JESUS DI TUKARKAN NAMA KE GURU NANAK

Kecoh disebabkan dengan penggunaan kalimah Allah yang sedang didendangkan sekarang ini. Walaupun telah dijelaskan bahawa penggunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam apatah lagi ianya diminta untuk digunakan sebagai ganti perkataan Jesus didalam kitab bible berbahasa Melayu.

Dalam kekalutan tersebut, pelbagai pihak telah tampil dengan pelbagai pandangan dan pendapat, seperti kata presiden PAS bahawa ianya boleh diguna pakai dan disambut pula dengan kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, datuk Dr Haron Din yang mnegatakan bahawa ianya adalah haram dan kufur bagi sesiapa yang membenarkannya digunakan oleh orang bukan Islam.

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO

Namun sejak dua tiga hari ini seorang yang beragama Sikh pula telah mempersoalkan tentang penggunaan kalimah Allah perlu di benarkan penggunaanya didalam Bible, dan orang itu ialah pengerusi DAP, Karpal Singh.

Bagi Sangkakala adalah benar seperti kata Datuk Puad Zarkashi bahawa Karpal adalah batu api yang sengaja menimbulkan kekecohan dan beliau dilihat cuba untuk memecah belahkan serta membuatkan Kristian dan Islam di Malaysia bergaduh.
 
Karpal dilihat melebih lebih apabila isu ini dikeluarkan oleh Lim Guan Eng tidak berapa lama dahulu dan kenyataan Guan Eng itu menjadikan orang orang Islam di Malaysia menjadi marah dan pelbagai cacian serta makian dikeluarkan oleh mereka terhadap ketua menteri Pulau Pinang itu.

Tapi Sangkakala juga ada sedikit kemusykilan disini, kenapa Karpal tidak meminta supaya nama Jesuscrist, God atau Lord didalam Bible tersebut ditukarkan kepada nama Guru Nanak yang menjadi sembahan bagi penganut agama Sikh?

Bukankah itu lebih baik daripada beliau mempertikaikan kenapa penggunaan kalimah Allah tersebut tidak dibenarkan didalam Bible dan sudah pasti ianya tidak menjadi kemarahan kepada umat Islam di Malaysia.

Dengan itu juga kita dapat melihat bahawa isu ini sengaja dimainkan oleh DAP dalam usaha memecahbelahkan umat Islam dan yang menjadi kekesalannya pula ialah ada dikalangan pemimpin pembangkang yang beragama Islam bersetuju ianya diguna pakai.

Jadi disini Sangkakala minta supaya pengikut pengikut PAS berfikir sama ada apa yang dilakukan oleh Karpal itu adalah untuk kebaikan atau untuk memecah belahkan umat Islam di negara ini? Dan beliau tidak sepatutnya menjadikan kalimah suci ini sebagai bahan politik dan pemimpin pembangkang yang lain seharusnya menegur beliau dari terus mempertikaikan penggunaan kalimah Allah ini.






PEMBANGKANG DALANG DALAM ISU LAHAD DATU

Biar betul ni, pembangkang dikatakan adalah dalang disebalik kehadiran 150 orang dari kepulauan Sulu ke kawasan tersebut.

Memetik laporan Reuters bertarikh 14 Februari lalu, laporan itu mendakwa kumpulan diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram datang ke Sabah atas jemputan pihak pembangkang bagi bincangkan isu tanah.


Ini semua adalah tidak mustahil kerana ada juga ura ura yang mengatakan bahawa pembangkang memang akan menggunakan kehadiran meraka ini untuk membuat kekacauan sekiranya Barisan Nasional memenangi pilihanraya ke 13 yang bakal berlangsung.


Jika benar seperti mana yang didakwa, pembangkang sememangnya akan melakukan apa sahaja untuk membuat kekacauan selepas pilihanraya nanti.