Sabtu, 9 Februari 2013

TINDAKAN BIJAK RAJA NONG CHIK

Ketua UMNO bahagian Lembah Pantai yang juga Menteri Pembangunan Wilayah dan kesejahteraan bandar menolak untuk berdebat dengan Nurul Izzah.

Ini kata beliau kerana pilihanraya sudah dekat dan tidak perlu untuk berdebat sama ada beliau (Nurul Izzah) menjalankan tanggungjawab beliau sebagai ahli parlimen atau pun tidak.

Menurut beliau juga sebagai seorang ahli kabinet juga tidak digalakkan untuk berdebat apatah lagi pilihanraya sudah dekat.

Jadi keputusannya biarlah penduduk Lembah Pantai yang putuskan sama ada mereka masih lagi mahu Nurul sebagai Ahli Parlimen atau sebaliknya.

Tapi bagi Sangkakala, lebih baik pengundi Lembah Pantai menolak Nurul Izzah kerana sepanjang beliau menjadi Ahli Parlimen, tidak ada apa yang dilakukan oleh beliau dikawasan tersebut.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: