Ahad, 10 Februari 2013

SIVAKUMAR BERMIMPI LAGI

Bekas speaker DUN Perak nampak gayanya bermimpi lagi untuk menjadi speaker.

Beliau berkata bahawa Pakatan Rakyat Perak akan merampas 40 kerusi DUN di negeri Perak.

Beliau juga ada menyebut bahawa slogan slogan kerajaan Perak adalah omong omong kosong.

Slogan 'Perak Aman Jaya' dan 'Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir' adalah slogan slogan yang digeruni oleh Pakatan di Perak kerana kerajaan Perak kini lebih komited melaksanakan tanggungjawab dalam menyelesaikan isu rakyat di Perak.

Beliau juga ada menyebut bahawa 65 ribu ekar tanah telah diberikan kepada kroni sepanjang 3 tahun selepas kerajaan Barisan Nasional mendapat mandat daripada ADUN Pakatan yang bertindak keluar parti adalah tidak berasas sama sekali.

Jika benar dakwaan tersebut, Sivakumar perlu menunjukkan bukti dan jangan hanya pandai bercakap, tidak sepertiyang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan selama mereka memerintah Perak dulu.

Kerajaan Pakatan lebih banyak menggunakan wang rakyat seperti membeli kereta Camry untuk kegunaan exco exco dan menjadi kereta rasmi Menteri Besar pada ketika itu.

Begitu juga dengan pemberian pemilikan tanah TOL selama 999 tahun kepada penduduk kampung baru.

Adakah ini dikatakan telus dan ikhlas dalam pemerintahan? Pemberian projek membekalkan baju korporat kepada ahli majlis dewan bandaraya ipoh juga telah diberikan kepada isteri exco kerajaan negeri.

Kalau Sivakumar mengatakan bahawa rakyat Perak tidak akan melupakan apa yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional itu sudah pasti kerana jasa yang telah diberikan, tapi segala kepincangan yang dilakukan oleh Pakatan selama memerintah tetap akan terpahat didalam hati dan minda seluruh rakyat Perak.

Ini termasuk juga dengan penderhakaan terhadap Sultan Perak dimana Pakatan sanggup mengupah orang untuk baring diatas jalanraya untuk menghalang kenderaan Tuanku Sultan daripada memasuki Istana untuk upacara angkat sumpah.

Semua ini tidak akan dilupakan oleh rakyat Perak dan satu lagi, Sivakumar juga pernah membuatkan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah menunggu lama untuk merasmikan sidang DUN kerana kebiadapan Pakatan pada ketika itu.

Itu semua juga pasti akan melekat didalam minda rakyat Perak yang sayangkan Sultan serta mahukan keamanan serta kemajuan.

Jadi, untuk seluruh rakyat Perak, cukuplah 11 bulan Pakatan memerintah, segala bagai perkara telah berlaku, terlalu banyak perkara pincang telah terjadi.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: