Sabtu, 9 Februari 2013

POLITIK PEMBANGKANG NYATA TIDAK MATANG

PKR mendakwa bahawa pihak berkuasa Malaysia mendakwa dan memenjarakan suspek Manuel Karingal Amalilio yang dikehendaki di Filipina, untuk mengelak deportasinya ke negara itu.

Dakwaan ini dan beberapa persoalan telah dibangkitkan semasa kunjungan dua ahli Parlimen PKR ke Filipina untuk menyemak aktiviti Amalilio di sana.

Naib Presiden PKR, Tian Chua (kanan) dan Ahli Parlimen Subang,  R Sivarasa, menyifatkan pendakwaan dan hukuman terhadap Amalilio itu sebagai satu "wayang".

Disini kita dapat melihat bahawa politik pembangkang ternyata tidak menunjukkan kematangann tapi ianya juga adalah perkara biasa memandangkan mereka ini sentiasa akan membangkang.

Pakatan pernah mencanangkan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak mengambil tindakan terhadap Amalilio, namun setelah tindakan diambil, mereka mengatakan ini adalah wayang.

Cuba kita tanya pada mereka ini, apakah tidakan yang perlu diambil oleh kerajaan sebenarnya?

Atau mereka sendiri tiada jawapan dengan persoalan tersebut.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: