Khamis, 7 Februari 2013

MAHFUZ DAN SALAHUDDIN MULA RESAH GELISAH

Dua pemimpin PAS ini, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar sudah pasti akan mengalami mimpi ngeri apabila penulis buku Kafirkah Aku membuat laporan polis tentang penyelewengan wang tabung Memali.

Zainon Ismail atau CN Al-Afghani merupakan seorang ahli PAS seumur hidup dan penyokong tegar PAS sebelum ini mungkin merasakan bahawa sesuatu perlu dilakukan demi untuk memperjuangkan nasib balu dan anak anak yatim Memali.

Buku beliau juga diharamkan oleh PAS daripada dimiliki oleh ahli ahli mereka kerana terlalu banyak pendedahan yang dilakukan oleh Zainon yang membuatkan presiden PAS resah.

Dengan laporan polis yang dilakukan oleh Zainon, mungkin rakyat akan melihat bahawa PAS hanyalah mempergunakan rakyat dan ahli mereka demi kepentingan diri sendiri.

Zainon yang mendedahkan bahawa ada dikalangan balu kes Memali yang diminta untuk membayar wang sebanyak RM 3000 untuk kos guaman dan beliau juga mendedahkan bahawa wang kutipan Memali juga hilang.

Jadi selepas ini rakyat akan melihat satu persatu kepincangan dalam PAS yang selama ini tidak diketahui umum.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: