Jumaat, 8 Februari 2013

HILANG KEPERCAYAAN PUNCA LETAK JAWATAN

Pegawai Khas kepada Exco Selangor, Ronnie Liu umum meletakkan jawatan atas alasan sudah tidak tahan dengan sikap hipokrit dan dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan pemimpin kerajaan negeri itu.

Jafrei Nordin berkata, tindakan Ronnie yang mengambil langkah berdiam diri dan tidak menjawab pelbagai tuduhan rasuah menimbulkan banyak persoalan dan membuatkan dia hilang kepercayaan.

Beliau bercakap demikian pada sidang media di Pulau Pinang hari ini.

Jelas kini bahawa terdapat unsur unsur rasuah dalam kerajaan pakatan di Selangor.

Ronnie Liu juga adalah orang yang bertanggungjawab menempelak Datuk Dr Hasan Ali sewaktu beliau memegang exco agama bagi negeri tersebut setelah pihak JAIS menyerbu sebuah gereja di Damansara hingga membawa kepada pemecatan beliau (Hasan Ali) daripada ahli PAS.

Rakyat Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya perlu melihat perkara ini secara serius, jika mereka ini masih lagi memerintah maka akan berleluasa kegiatan rasuah dan segala yang dilaporkan oleh mereka tentang kepincangan Barisan Nasional ekoran rasuah adalah fitnah semata mata untuk mengaburi mata rakyat.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: