Jemputan artis popular PSY yang membawa lagu Oppa Gangnam Style oleh BN Pulau Pinang telah mendapat pelbagai reaksi dari banyak pihak.
Taidak ketinggalan juga pihak pembangkang yang mengatakan bahawa BN tidak sepatutnya menjemput artis tersebut dan pelbagai tuduhan dilemparkan.
Pihak pembangkang ada mengatakana bahawa jemputan tersebut adalah satu kerugian wang rakyat yang digunakan oleh BN walaupun telah diberitahu bahawa sebuah syarikat swasta telah menanggung kos bayaran artis berkenaan.
Pada pandangan Sangkakala pula, pembangkang khusunya DAP sengaja mencetuskan kontroversi dalam hal ini kerana DAP pada awalnya telah membuat video klip 'Ubah Roket Style' yang dimuat naik ke dalam laman youtube.
Jadi apabila BN menjemput penyanyi tersebut ke Malaysia, DAP mungkin rasa tercabar kerana BN memanggil artis sebenar untuk dipertontonkan kepada rakyat dan bukan cetak rompak seperti yang dilakukan oleh DAP.
Sudah tentu dalam perkara ini, DAP merasa kurang senang dengan langkah BN yang maju setapak kehadapan dari mereka dan kemungkinan besar dengan kehadiran artis sensasi tersebut akan menurunkan prestasi lagu 'ubah roket style'.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan