Dalam penulisan tersebut ada beberapa perkara yang mungkin tidak difahami oleh mereka mereka yang berada diluar sana dan mereka merasakan bahawa semua penulisan blogger atau cybertrooper yang pernah bernaung dibawah unit ini dibayar sepenuhnya sampai bila bila.
Suka Sangkakala menyebut kembali apa yang dinyatakan oleh beliau dalam laman blog miliknya yang mengatakan bahawa blogger atau cybertrooper ini dibiayai sebelum pilihanraya umum berlangsung dan selepas pilihanraya umum tidak ada lagi blogger atau cybertrooper yang dibiayai oleh UMB.
Baca disini http://t.co/THLXLchWwt
Sangkakala sendiri pernah terlibat dalam pembentukan UMB negeri Perak walaupun sepatutnya dinegeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional tidak ada UMB atau lebih tepat lagi UMB hanya ada di negeri negeri yang ditadbir oleh pembangkang.
Satu lagi yang menarik perhatian ialah apabila ada beberapa facebooker yang dilihat amat tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh Tun Faisal sama ada dari segi gerak kerja sehinggalah beliau menawarkan diri untuk bertanding dalam Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.
Dan ada juga yang pernah mengaitkan Sangkakala kerana beriya iya memeprtahankan Tun Faisal yang namanya digugurkan dan kini dalam proses rayuan, ada juga diantara mereka yang mengatakan bahawa Sangkakala dibayar atau diarahkan untuk menyerang kepimpinan UMNO.
Baca sini http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/09/maaf-sangkakala-bukan-dibawah-umb.html?m=1
Sangkakala pernah keluarkan artikel menyatakan bahawa Sangkakala tidak dibayar oleh UMB atau menerima arahan sesiapa, cuma Sangkakala nyatakan apa yang Sangkakala rasakan tiada keadilan apabila Tun Faisal digugurkan daripada bertanding sebagai Majlis Tertinggi hanya kerana tidak berada dalam ahli jawatan kuasa bahagian sedangkan beliau adalah EXCO pemuda UMNO Malaysia.
Serangan demi serangan dilakukan terhadap Tun Faisal dan ada juga serangan tersebut sehingga melibatkan Datuk Seri Hishammuddin yang mana ada cybertrooper kini mula menyerang beliau kerana ada kemungkinan mereka membawa calon favourite mereka untuk dimenangkan.
Bagi Sangkakala tidak ada masalah untuk memenangkan calon yang mereka suka, tetapi sepertimana yang dikatakan oleh Tun Faisal, tunjukkan kebolehan dan mengapa perwakilan perlu memberikan undi kepada calon calon mereka ini dan bukannya menghentam calon lain.
Sangakakala juga pernah memberikan sedikit peringatan kepada mereka mereka yang membawa calon kegemaran masing masing supaya lebih menumpukan kehebatan calon mereka kerana macam Sangkakala juga mempunyai calon yang Sangkakala suka dan walaupun tidak dibayar atau tidak dikenali oleh calon tersebut, Sangkakala akan pertahankan mereka.
Dan jika Sangkakala lihat sudah ada kelebihan batas, tidak mustahil Sangkakala pula akan mengorek segala kepincangan atau masalah mereka hingga dipinggirkan oleh para perwakilan.
Berbalik dengan apa yang dikatakan oleh Tun Faisal dalam blog beliau, Sangkakala juga ingin tekankan disini bahawa selepas PRU 13 maka tidak ada lagi istilah ketua dalam UMB kerana semua blogger blogger dan cybertrooper ini sudah bebas dan apa yang tinggal lagi ialah sifat kekeluargaan dalam UMB dan tidak dinafikan bahawa sehingga kini masih ada yang membawa nama UMB dalam penulisan mereka.
Akhir sekali Sangkakal nak beritahu bahawa tali kekeluargaan inilah mungkin menjadi penyebab utama kenapa ada segelintir pihak menyerang UMB dengan niat untuk memecahkan ikatan kekeluargaan yang Sangkakala lihat amat kuat dan ampuh ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan