Isnin, 7 Oktober 2013

CYBERCAFE DI SELANGOR MAKIN MENJADI !!!

Nampak gayanya selepas Khalid Ibrahim tertidur semasa ditemuramah oleh wartawan terbawa bawa ke kerajaan negeri yang turut tido sama.

Mana tidaknya, semakin hari semakin banyak kedai kedai cybercafe yang dibuka tidak pasti sama ada mereka mempunyai lesen ataupun tidak.

Alasan yang diberikan oleh kerajaan negeri ialah kekurangan kakitangan penguatkuasa PBT untuk menjalankan serbuan.

Bagi Sangkakala itu adalah alasan bodoh kerajaan negeri, bukan ke pegawai penguatkuasa boleh ditambah pada bila bila masa dan ramai lagi orang di luar sana yang tidak mempunyai pekerjaan.

Ataupun itu hanyalah alasan kerajaan negeri untuk menutupi masalah kebanjiran kedai kedai cyber disamping melindungi mereka yang membuka kedai tersebut tanpa lesen.

Apa yang Sangkakala dengar dan dari pemantau di beberapa buah kawasan, jumlah kedai cyber telah meningkat sejak bulan julai yang lepas.

Ini bermakna mereka yang membuka kedai kedai ini menunggu sehingga pilihanraya yang diadakan pada bulan Mei untuk memulakan atau meneruskan operasi.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: