Kenapa jadi sampai macam tu sekali? Ada apa apa mesej ke yang hendak disampaikan oleh MCA kepada kaum Cina atau ianya mesej kepada Barisan Nasional yang mana MCA juga menolak untuk menjadikan UMNO sebagai parti tunggak dalam Barisan Nasional yang memerintah?
Mungkin ramai yang tidak perasan dengan apa yang berlaku kini apabila MCA menolak semua jawatan tersebut.
Dari apa yang Sangkakala fikir, kemungkinan MCA menolak UMNO sebagai parti yang menjadi tunjang kepada Barisan Nasional dan mereka (MCA) tidak mahu berada dibawah pemerintahan UMNO dalam Barisan Nasional.
Jika nak diikutkan daripada senario politik, pilihanraya telah pun tamat dan pemilihan UMNO juga telah habis tetapi MCA seolah olah tidak mahu bekerjasama dengan UMNO dan mereka Sangkakala lihat seakan akan memprotes kemenangan besar sebanyak 88 kerusi parlimen di seluruh negara.
Adakah nanti jika DAP serta pakatan pembangkang ditakdirkan menjadi kerajaan, maka dengan rela hati MCA akan lompat menyertai DAP serta menerima jawatan jawatan penting sebagai Menteri dalam kerajaan?
Itu apa yang Sangkakala lihat dari mata kasar sebab kalau tidak begitu, adalah amat mustahil MCA masih menolak tawaran jawatan tersebut demi untuk memberikan suara kaum Cina dalam kerajaan.
Jika sebelum ini (pilihanraya) MCA mengatakan bahawa mereka kecewa dengan sokongan kaum Cina kepada Barisan Nasional, Sangkakala lihat tidak semestinya begitu sebab walau bagaimana sekalipun, masih ada orang orang Cina yang menyokong serta mengundi kerajaan Barisan Nasional dan suara mereka ini perlu didengari serta perlu dibawa ke peringkat kepimpinan.
Jika MCA terus menolak jawatan jawatan tersebut, suara mereka yang menyokong Barisan Nasional semasa pilihanraya tempoh hari akan hilang dan tidak didengari dan adakah dengan cara itu, MCA mengharapkan sokongan kembali masyarakat Cina kepada kerajaan?
Macam yang dikatakan oleh salah seorang sahabat Sangkakala berbangsa Cina, beliau sendiri hairan kenapa MCA menolak jawatan jawatan tersebut dengankan ianya adalah satu platform untuk suara masyarakat Cina dibawa keatas.
Rakan Sangkakala juga menyatakan pendapat sama dengan apa yang Sangkakala fikirkan bahawa MCA hanya akan menerima jawatan dalam kerajaan setelah mereka merasakan bahawa kuasa berada dalam tangan orang orang Cina.
Jadi disini, Sangkakala menyeru kepada seluruh orang Melayu dan Islam agar bersatu dalam usaha untuk kita mengekalkan kuasa pemerintahan orang Melayu kerana negara ini, tanah air ini adalah pusaka yang akan kita perturunkan kepada generasi kita yang akan datang.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan