Ni Sangkakala nak tanya sikit pada Suruhanjaya Pilihanraya sikit, kalau nak diikutkan dalam undang undang SPR dalam akta berkempen, kalau tak silap Sangkakala parti yang tidak bertanding tidak dibenarkan berkempen.
Tapi apa yang kita dapat lihat dalam gambar diatas jelas menunjukkan bahawa PKR dengan selambernya buka bilik gerakan.
Persoalannya, PKR turut bertanding sama di Sungai Limau ke? Kenapa penguat kuasaan tidak dijalankan di prk Sungai Limau atau ada sesuatu yang disembunyikan.
Gambar ini Sangkakala ambil di kawasan Dulang Besar yang mana PKR telah membuka bilik gerakan di tepi jalan.
Takkan SPR langsung tak membuat rondaan sampai tak nampak bilik gerakan sebesar alam yang duduk di situ.
Ada juga maklumat yang mengatakan bahawa SPR di kawasan ini lebih pro kepada pakatan pembangkang dan mungkin kerana itu juga bilik gerakan PKR ini dibiarkan tegak.
Kalau diikutkan dalam akta kempen pilihanraya, bendera parti yang tidak bertanding juga tidak dibenarkan dipasang apatah lagi kalau sampai memhuka bilik gerakan rasanya.
Apa apa pun kita tunggu respon SPR dan jawapan dari pengarah pilihanraya bagi DUN N.20 Sungai Limau sama ada mer3ka masih mahu berdiam diri atau mengambil sesuatu tindakan.