KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO |
Nampaknya kerajaan Selangor dah takde alasan untuk menaikkan sewa kediaman PPR di seluruh Selangor ekoran apa yang diperkatakan oleh mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo.
Menurut Datuk Seri Khir Toyo, memang ada perancangan tapi ditangguhkan bukan dah diluluskan.
Tapi Sangkakala hairan, kalau dah diluluskan sekali pun, kerajaan Selangor sekarang boleh membatalkan kelulusan tersebut kerana sekarang ni mereka (pakatan) yang memerintah dan bukannnya Barisan Nasional.
Kenapa pula segala perancangan atau kelulusan yang dibuat oleh Barisan Nasional perlu dituruti sekiranya kerajaan pakatan merasakan ianya tidak sesuai atau tidak perlu dilaksanakan.
Ini semua sebenarnya adalah perlakuan yang biasa dibuat oleh pemimpin pakatan, mereka tau sesuatu itu dirancang, tetapi belum diluluskan, tetapi mereka akan mengatakan perkara itu telah pun lulus dan mereka hanya menjadi pelaksana, dan dengan itu mereka akan menunding jari kepada kerajaan terdahulu (BN).
Seperti yang diperkatakan oleh Datuk Seri Khir Toyo dalam video diatas, baca balik minit mesyuarat dan perkara ini sebenarnya tidak dihebahkan kepada umum dan yang tahu ialah ADUN ADUN yang bersidang dalam Dewan Undangan Negeri dan sebab itu juga pemimpin pembangkang mengambil kesempatan dengan menuduh ianya telah diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional dulu.
Kalau benar benar ianya diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional, EXCO perumahan Negeri Selangor kini boleh mengemukakan minit mesyuarat tersebut kepada umum tapi perkara tersebut takkan berlaku kerana memang tiada kelulusan untuk kenaikan tersebut.
Jadi kepada EXCO berkenaan, Sangkakala harap jangan le cuba nak tipu rakyat Selangor khususnya mereka yang tinggal di PPR kerana kebenaran pasti terbukti juga.