Isnin, 28 Oktober 2013

#BeraniHijrah GAMBAR EDIT BUKTI PAS MAKIN TERTEKAN @NajibRazak @MukhrizMahathir @tunfaisal


Makin terdesak giler nampaknya PAS dalam pilihanraya Sungai Limau kali ni, sampai gunakan gambar yang di edit demi untuk meraih undi.

Agaknya sampai bila nak tipu pengundi di Sungai Limau dengan cara macam ni?

Yang menjadi kelakarnya pulak, bila pengarah pilihanraya PAS mengatakan bahawa beliau tidak tahu menahu tentang perkara tersebut dan ianya dilakukan oleh unit kreatif.

Pelik pulak, kalau dah nama pengarah, takkan tanpa arahan unit kreatif mereka boleh tak bagi tau apa yang mereka nak buat agaknya kepada pengarah pilihanraya.

Atau bila dah kantoi dengan penipuan macam ni, pemimpin PAS akan menunding jari menyalahkan jentera supaya mereka nampak bersih, walhal yang sebenarnya mereka sendiri yang menurunkan arahan untuk melakukan perkara sedemikian.

Yang menjadi mangsa ialah jentera dan ini menunjukkan betapa tidak bertanggungjawabnya PAS terutamanya pemimpin mereka dalam menangani satu satu isu.

Dengan mudah mereka mengambil jalan selamat iaitu tidak mengaku dan menyalahkan pihak lain dalam perlakuan mereka.

Jangan ingat semua orang bodoh, sampai nak edit gambar segala bagai, PAS perlu sedar, dengan meng-edit gambar seperti itu tidak memungkinkan orang ramai khususnya para pengundi terus mempercayai mereka.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone