Rabu, 9 Oktober 2013

PUAD ZARKASHI KURANG AJAR ??? BIAR BETUL SIKIT APJ !!!


Bila nampak sahaja blog rakan blogger Sangkakala yang mengatakan Puad Zarkashi jangan kurang ajar terkejut juga Sangkakala sebab rakan blogger yang sorang ni memang jarang sangat marah kat menteri, lain le macam Sangkakala ni sampai orang dah nak chop sebagai penghentam kepimpinan.

Tapi bila Sangkakala baca balik apa yang ditulis rakan Sangkakala ni baru le Sangkakala faham kenapa rakan blogger Sangkakala ni marah pada Puad Zarkashi.

Baca DISINI

Rupanya dia marah pada Puad sebab kata calon yang diisytihar bankrap perlu sedar diri, Sangkakala pun rasa memang tak patut sangat la Puad Zarkashi kata pada calon yang tak layak bertanding sebab bankrap tu perlu sedar diri, macam hina sangat dan macam masalah tu tak boleh selesai sampai bila bila pulak.

Sangkakala pun rasa Puad perlu sedar diri yang dia kalah bertanding sebagai ahli parlimen dan kalau menang dalam pemilihan UMNO rasanya tak berbaloi juga sebab menang di gelanggang sendiri bila masuk gelanggang lawan dah jadi macam ayam jantan takde taji.

Hehehe..macam kasar sangat pula ayat Sangkakala ni, tapi itu adalah kenyataan yang perlu diterima oleh Puad yang gagal mempertahankan kerusi parlimen yang menentukan siapa kerajaan.

Jadi ayat sedar diri ni Sangkakala pulangkan balik pada Puad supaya dia sedar diri yang dia kalah dalam bertanding sebagai calon Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang lalu dan kalau Sangkakala adalah tidak mungkin untuk terus berhajat duduk sebagai ahli majlis tertinggi lagi.